Hati wada ini digerakkan untuk membantu , terasa didalam
hati bebanan mereka yang mengharap bantuan,yang berada dalam kesulitan.. wada
nak menyumbang tenaga muda ini.. niat hati ni memang besar..tapi,memang tak termampu
kalau nak sumbang duit banyak-banyak..sebab kita ni bukan orang berada .
so,biarlah wada sumbang tenaga..tenaga yang tak seberapa ini..alhamdulillah
ALLAH permudahkan segala urusan..ALLAH mudahkan segalanya…ALLAH..
Pada hari khamis bertarikh 8/1/2015 wada bergerak ke
Kelantan.. tepat jam 10 pagi bertolak..masa mula nak pergi memang wada excited..
pagi tu jugak dok kalut cari kedai beli kasut boot.punya la semangat..cari
mask,cari sarung tangan.. wahh..masa tu punya berkobar-kobar..
Umi sempat Tanya untuk yang keberapa kali ..”Betul ke adah
nak pergi ni”wada pun jawablah..”betul umi”
wada tahu umi risau.. sebab wada pergi main join je group ni.. tak kenal
sesiapa.. and I said ,”umi,kawan kat mana-mana boleh cari,janganlah risau..adah
okay “serius wada tak risau ,sebab wada tahu diri wada yang peramah ni..kawan
dengan mak cik pun okay je.. ihiks.
jejaknya bumi Kelantan selepas peristiwa yang membuka
mata-mata semua..sungguh..Kuasa Allah itu besar.hebatnya…hanya air memusnahkan
segalanya..musnah..lantas hati terdetik bagaimana aku jika ditempat
mereka.adakah aku masih tabah dan gigih?
Okay ,wada sampai disana pukul 8.30 malam..sampai je.. wada
tolong nisa-nisa masak untuk ahli group
ni..masak biasa tapi nikmat luar biasa.. lauk malam tu telur goreng
dadar,sardine,tumis sayur.Simple tapi lazat..kita rasa macam mana masak dalam
keadaan elektrik tiada,bekalan air tiada… ihiks,naseb baik bawak
generator..dapat lah bekalan elektrik yang terhad tu.and memang kitorang dah
bawak bekalan air mineral..guna la air tu untuk masak,basuh2 pinggan and apa2
yang patut.
Beteri fon habis..grrrrr..dalam hati comfirm umi
risau..sebab setiap apa-apa aku inform kat umi.
(Umi,adah dah makan,kenyang dah..~umi adah dah solat,,ni kat
masjid bentong~umi ,adah makan lagi ni~ blablabla..sampai beteri habis.balik rumah sabtu kelmarin..memnag
betul sangkaan wada umi risau..siap mimpi2 lagi.. ihihi..sayang umii.. abi
pulak masa wada balik..konon je cool macam tak kisah..haha..tapi umi cerita
time aku tak ada,abi la paling risau.. asyik Tanya adah tak call ke..? ihiks
macam-macam la)
Merasai la apa yang mereka rasa….~
Lepas tu terus la tidur…sebab kitorang pun dah solat jamak.
Kitorang punya tempat penginapan.adalah tempat pengumpulan barang2.. two in
one… arhh.tak kisah la tidur mana pun.asal tidur..kata nur mawaddah
sempoi..lalala..ihiks.syok-syok tidur wada terasa ada sesuatu berjalan..terus
bangun and jerit “umiiiii!!!!” fuhh cencorot la lebih kurang macam tikus
tu.sebab mengantuk wada biarkan dan sambung tidur balik.. dua malam aku tidur
dengan cencorot tu tau.. sayang diaaa..esok ada misi dah..
Senyum sendiri,hati bahagia,,serius gembira bila tengok
orang gembira…esoknya,mula operasi kitorang edarkan dapur gas beserta
gas,khemah dan tikar disetiap rumah..tapi sedih sangat,diorang kata,tiada
makanan ke.kami lapar..
Lepas tu..operasi untuk petang…wada and group ,kitorang
masak ..fuhh..bau bawang tapi nikmat..ada ku kisah..masak
berkawah-kawah..ihiks..petang tu diorang edar makanan..tapi aku tak ikut time
tu.. rasa nak ikut. Rasa happy sangat bagi makan untuk orang yang
memerlukan.tengok senyuman kesyukuran mereka,sudah cukup terasa leganya dihati.
Misi terakhir ialah membersihkan sekolah SAM SUNGAI manik
Urai.wada sendiriterkejut dengan tenaga wada.ihiks..macam kuat dan bertenaga
semacam. Macam minum TONGKAT ALI.ihiks..tenaga yanmg Allah bagi.Alhamdulillah…
kami bersihkan pejabat and bilik guru..rasa gembira sangat sebab dapat
bersihkan sekolah..sebab esok mereka sekolah.Selamat bersekolah
adik-adik,belajar rajin-rajin ye sampai Berjaya.
Alhamdulillah misi ini telah pun selesai..alhamdulillah
syukur kehadrat Ilahi .misi ini telah berjalan dengan jayanya…Sungguh
sungguh..Kekuasaan Allah menakjubkan.
Dengan kerjasama PEBT,PEMUDA,NISA’,JAB AMAL,ARC &
DACS..Tempat sasaran kita untuk kali ini ialah di MANIK URAI BARU & MANIK
URAI LAMA..
Hadirnya
wada,adalah kerana Allah.. tergerak hati kerana Allah, semuanya kerana Allah.
kalau ikut hati banyak lagi nak cerita..yang tidak termampu
terluah dengan kata-kata..Biarlah gambar yang berbicara .sekian.