Bersyukur dan bersabar
Maksudnya:Daripada’ Amru Ibn
Syu’aib ,daripada datuknya Abdullah Ibn ‘Amru,katanya:Aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda:Ada dua sifat yang jika terdapat pada diri seseorang,nescaya Allah
mencatatnya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sebaliknya,sesiapa pada
dirinya tidak dapat dua sifat tersebut, Allah tidak mencatatnya sebagai orang
bersyukur dan bukan orang bersabar,iaitu;Sesiapa yang melihat dalam perkara
agama kepada kedudukan orang yang lebih tinggi daripadanya,lalu dia mencontohi
orang tersebut.Sedangkan dalam perkara dunia dia malihat kepada orang yang
lebih rendah daripadanya,sehingga dia memuji Allah atas kurnia yang dengannya
Allah melebihkan dia daripada orang lain,nescaya Allah mencatat dirinya sebagai
seorang yang bersyukur dan bersabar.Sesiapa yang melihat dalam perkara agama
kepada kedudukan orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam perkara dunia
dia melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadanya sehingga dia sedih atas
nikmat yang dia tidak perolehi,nescaya Allah tidak akan mencatat dirinya
sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar. (Al-tarmizi,sifah al-qiyamah,2449)
Bersyukur apa
adanya…syukur?syukur ke kite masa ni??
Tepuk dada ,tanya
hati sayang.
Macam mana nak
bersyukur? Kita ni bersyukur tak?
Agak-agak…?
Kadang hati..ada aje
yang bicara sendiri..nampakkkkk..
Eh,cantiknya dia..!eh,hensemnye dia!kayanye!!untungggg!besaqnye rumah
dia.!besaq gila kereta dia,mewah gitu!untunglahh!
Sayang…kenapa nak
cakap macam tu? Sayang..tau tak saat hati bicara macam tuu,
Membuka ruang untuk
kita tidak bersyukur..
Janganlah macam tu
sayang.. katalah Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,untuk takdir hidupku..
Sayang tahu tak….
Berkaitan hal agama
dan ibadat,kite ni kena perhatikan orang yang lebih tinggi untuk meniru dan
ikut dia.bila kita ni tengok orang yang lebih baik,kita akan berlumba-lumba
untuk buat ibadat,amal soleh.
Macam contoh ni..
Kita duduk kat
surau..sama macam dia..kita dok bersembang,usik kawan..sementara nak tunggu
azan,kita tengok orang tu..dok khusyuk baca yasin,tak cukup lagi,dia baca
al-mathurat,tak cukup lagi,dia baca quran..jeles kan!..ishh!tak boleh jadi
ni..kite kene buat jugak macam tuuuuuu….
Tak salah jeles
kepada benda yang betul.
Sesiapa yang
menganggap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sedikit dan tidak
berharga,dia bukan termasuk hamba Allah yang pandai bersyukur dan bersabar.
No comments:
Post a Comment