Assalamualaikum .
Sebelum baca sila kendurkan urat urat tegang anda dan letakkan emosi yang sesuai ketika membaca .
Muslimah itu , terkadang gelak juga tanpa henti ,Terkadang juga suka bercerita hal dunia , tanpa sedar kami minum berdiri ,Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa tidur dan ayat kursi . Terkadang pakai stokin dimulai kaki kiri .Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari ,
Muslimah itu,kadang gembira sampai terlompat-lompat .Sambil senyum tayang gigi .Terkadang terselfie buat muka comel dan letak gambar di laman sosial .Terkadang menitis air mata laju tak terperi ,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi ,Terkadang rasa marah menguasai diri ,sampai rasa nak lempang orang tu laju laju without mercy.
Tapi kami ,
kami muslimah ,adalah manusia biasa ,
yang tidak lari dari perasaan manusia ,
yang tidak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
yang tidak lari dari perasaan lemah dan tidak bermaya .
yang tidak lari dari khilaf dan dosa .
kerana apa ?
kerana dia juga manusia biasa . Apa-apa pun ,yang pastinya ,muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh .sentiasa cuba menggembirakan hati orang lain walaupun kadang-kadang tak siapa jaga hati dia .Sentiasa cuba perbaiki diri .Sentiasa persiapkan diri menjadi wanita solehah . dari hari ke hari tanpa henti .Walau kadang-kadang dia tersungkur,itu bukan kerana dia lemah ,tapii,kami cuba ambil masa untuk bangun semula .untuk jadi kuat dari sebelumnya .Kerana dia berusaha menjadi bidadari dunia dan akhirat sana . Insyaallah .
No comments:
Post a Comment