Assalmualaikum . hai ,
Lama senyap tak update blog ni ,alahai rinduuu tahap nak
menitis air mata . ihiks
Alhamdulillah selama wada tak update blog ni sebenarnya dah cukup sebulan mawaddah berada di Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) . Pertama kali menjejak kaki
disini rasa lapang dada weyh !.Sumpah rasa nak menangis ,Dah la UPU tak dapat
,masih ada peluang sambung degree di KUIS .ALLAH ,bersyukur sangat sangat .
Rasa macam nak menangis masa pergi jalan ke kaunter pendaftaran tu . ihiks .
Alhamdulillah ALLAH letak mawaddah kat sini ,bila dah fikir
masak masak untuk masuk sini ,satu je benda mawaddah selalu ingatkan dalam hati
,semua ini ada hikmahnya ,yakinlah dengan perancangan ALLAH ,yakin yakin dan
terus yakin ,ada sesuatu yang Allah letak disini . Sumpah tenang je rasa ni
,rasa pilihan tepat ,paling tepat .Alhamdulillah .
Pilihan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan undang-undang adalah
pilihan pertama masa isi kemasukan online hari tu .Alhamdulillah dapat !
Langkah kaki dengan tenang dan letakkan setinggi tinggi keyakinan pada
ketetapan ALLAH .
Terus maju kehadapan
adalah prinsip hidup mawaddah ! Berhenti mempersoalkan kenapa dan mengapa . “Kenapa
aku disini? “ mengapa bukan aku yang dapat ipta ? cukuplah mempersoakan
ketentuan Allah .
Mawaddah melalui hari hari seperti biasa sebagai pelajar Bachelor syarie with law,
laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak , berusaha tunaikan impian ummi
dan abi .Nak sangat balas jasa ummi abi ,Allah,panjangkanlah umur ummi abi.
Sebulan masuk KUIS ,wada saja lah check yang hari tu mintak
UPSI ,dapat pulak ujian medsi di UPSI .Alhamdulillah dapat ,16 disember ,semalam
.Tapi wada tak pergi pun ,sebab memang dah tekad memang nak di KUIS .Okay sampai disini saje !
Semoga Mawaddah menjadi insan yang berguna buat agama
,masyarakat .Hidup adalah perjuangan dan cabaran “ amin .
hi, menarik entri ni.. done follow, follow me back :)
ReplyDelete