Monday 19 October 2015

Pergi tak kembali 15 oktober 2015

Assalamualaikum , alhamdulillah syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan menaip entry kali ni .

Sebak , sedih , Inilah rasa terpisah dua jiwa kerana ketentuan Ilahi .

15 oktober 2015 ,
Saya dikejutkan dengan berita pemergian Nenda tersayang . Arwah Montamah Binti Haji Sidek .Tepat jam 12.59 tgh hari nenek telah kembali kepada Penciptanya .

Pada jam 12.30 tgh hari ,saya mendapat berita jantung nenek telah berhenti tetapi nadi nenek masih bergerak .

Nenek dihantar ke Hospital Tanjong Karang , Di Dalam perjalanan ,nenek sudah tersangat lemah ,badannya sangat layu .Nenek layu , Anak matanya mengecil , nenek diam ,tenang , terlalu tenang .

Setelah tiba di hospital , Nenek dikejarkan di wad kecemasan .Doktor kata nak cuba buat CPR 30minit ,Masa tu , saya rasa ada sinar ,macam nenek akan sedar kembali .

Tapiiiiiiiiiii,
Doktor kata "Nenek awak telah pergi 5 minit yang lalu" Nenek dah tiada .Demi Allah ,nenek dah tiada.Nenek dah tiada .Selamanya .

Rasanya seperti bermimpi dalam terjaga . Rasa mahu menidakkan kebenaran .

"Nenek dah tiada "

Nenek yang menjaga adah dari kecil " Dah tiada "
Nenek yang selalu mengingatkan tentang solat " Dah tiada "
Nenek yang selalu masakkan adah " Dah tiada "
Nenek yang selalu bercerita " Dah tiada "
Nenek yang selalu temankan tidur adah " Dah tiada "
Nenek yang selalu tanya soalan yang sama berulang kali "Dah tiada "
Nenek yang selalu tunggu adah " Dah tiada"
Nenek dah tiada . Tiada . Tiada . Tiada . Tiada . Tiada .

Nenek ,
Rasanya Ada banyak lagi yang adah nak nenek tahu tapi belum tercerita ,

Nenek ,
Dalam masa adah jaga nenek ,Adah banyak terkurang .Banyak tersalah ,

Nenek ,
Adah .sayang nenek .sayang sangat . Adah sayang nenek .

Ya Allah ,Ampunkan dosa nenek Montamah Binti Haji Sidek samaada yang disengajakan mahupun tidak ,Ya Allah ,Terangkan kubur nenek ,Luaskan kubur nenek ,jangan bagi ada semut ,ulat gigit nenek . Ya Allah , belas kasihanlah pada nenek .Ya Allah ,Ampunkan nenek , tempatkan nenek bersama orang orang beriman yang Kau kasihi .

Nenek ,
Adah tak kan lupa nenek .Adah rindu nenek ,tapi tak boleh jumpa nenek , Doa adah sentiasa mengiringi nenek ,Insyaallah .Semoga nenek tenang ,bahagia diredhai Allah . Amin .