Sunday 13 July 2014

PrayForGaza

Tercalar pelangi,
dihiris gerimis,
senja pon merangkak menutup mentari,
terbias warnanya ke wajah.
lagu kedamaian tiada kedengaran,
bumi yang merekah
disirami darah,
kemelut melanda tiada kesudahan,
kemusnahan bermaharajalela,
yang lemah menjadi mangsa.

anak-anak kecil menggongcangkan ibunya,
yang lemah longlai,
tak lagi bernyawa,
jeritan suara batinnya..
tak siapa mendengarnya.

tergadaikah maruah,
oleh janji-janji.
terbayarkan dengan nyawa dan darah,
soalan yang tiada jawapan,
kemanusiaan telah lama hilang,
kini yang tinggal,
hanya ketakutan,
musnah kasih sayang dan persaudaraan,
tandus akhlak dan keimanan,
menyemai persengketaan.


Friday 11 July 2014

SAD

Bismilahirahmanirahim..

Bermula kata..dari hati..sejauh dilubuknya ,paling dalam,sedalamnya
,hingga terkadang tak termampu aku nak ungkap dengan kata-kata..
kerana apa yang ku rasa lebih dari kata 
Kadang-kadang apa yang kita rasa betul..tak semua orang akan kata begitu 
Kadang-kadang kita rasa selesa dengan tindakan kita,tapi…tak semua orang rasa selesa.
Kadang-kadang,kita rasa bahagia dan nak orang tahu kita sedang bahagia..tapi.,tak semua orang bahagia dengan kebahagiaan kita.
Kadang-kadang benda yang tak terlintas di fikiran kita,itulah yang orang lain fikirkan.
Kadang-kadang kita tak rasa kita salah,tapi orang kata salah..
Kadang-kadang,kita gembira..tapi,orang tak suke tengok kita gembira..
Kadang-kadang.. 
Dan terkadang aku terfikir..mengapakah?
Okay..aku tahu..setiap orang itu berbeza..beza dengan kita..beza dalam mentafsir sesuatu,beza dalam menilai sesuatu..beza dari segalanya..
Tapi..dan ku tahu juga…
Aku bukan cermin yang dapat melihat diri sendiri..
Dan terkadang aku juga tidak tahu dimana salah aku…


shhh


Biar mata tidak bertemu,
biar doa yang menyatu :)

Sunday 6 July 2014

pssssssssss

Cepatlah habis !
lagi 4 bulan.
tapi aku nak habiskan STPM ni dengan jayanya.
dan tak mau sia-sia.
please pray for me.
aku nak ia,ada hasil..
hasil dari segala yang aku korbankan..
hasil dari yang aku usahakan..
Ya Allah,..kabulkanlah doa hambaMu ini.
berilah kejayaan untukku. :)

Okay,hari ni..balik asrama kembali..
asrama tunggu aku datang!!
hehe,,..first time cakap macam ni..
haha.. :)
by the way,wish luck for me..
assalamualaikum..

Saturday 5 July 2014

Hidup ini

Lumrah..
jalan cerita hidup kita yang sukar dijangka..
dan kadang-kadang..yang berada di luar kotak fikiran,
yang tidak terlintas langsung,
itulah yang terjadi.
itulah hidup kita..
terkadang apa yang kita nak,kita tak dapat..
tapi tahu tak?
Allah tak bagi apa yang kita nak,
sebab?
Allah bagi apa yang kita perlu..
kadang-kadang apa yang kita nak,ia tak perlu,
kita mengeluh?
jangan!
belajarlah untuk bersyukur.
belajar dan terus belajar..
kerana diri kita serba kekurangan,diri saya juga tidak sempurna.

Orang selalu kata..
Kita hanya merancang,Allah yang tentukan.
betul!
jangan marah bila kita dah cantik merancang,
kita rasa cantik rancangan kita.
Ok perfect!
oh!itu kata kita..
tapi , rancang-rancang tapi tak jadi,tak tertunai..
tahukah??
Rancangan Allah lagi cantik aturannya..
Rancangan Allah,.sebab Allah Tahu apa yang terbaik untuk kita.
jadi??
terima lah..buka hati untuk menerima jalan hidup..
susah nak terima,?
rasa marah?
kenapa macam ni??
aku tak nak macam ni?
shuuttt..pegang dada..
lihat tangan..
renung...Allah jadikan kita,dari tanah..
pernah terlintas tak?
tak... :(
senyum..
ringankan bibir ukir senyuman,
lapangkan hati menerima..
banyakkan istighfar..
diam adalah lebih baik,
kerana?
kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap,
kadang kita tak fikir pun apa yang kita cakap.,
kadang?
Adakah kata-kata yang boleh datangkan dosa..
pon boleh..tau..
berhati-hati dalam berbicara,
indahkan bahasa,supaya ia indah untuk didengar.
:)



:0

Langit tak selalu cerah..
tapi farah kata..dia percaya akan muncul matahari,setelah kelam :)
dan aku percaya akan terbit sinar bahagia..

Tadi farah chat aku..
betul,ingatkan farah..
tetibe..
"Assalamualaikum wardah,ni ikhwan..tolong tengok-tengokkan farah ye."
aku kata.."insyaallah"
see!.. prihatin nye la si kekasih hati kawan aku ni..
tu jaa nak cite..


Friday 4 July 2014

rindu :)

Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa :(
pantas masa berlalu,
meninggalkan kita semua,
tanpa disedari,bertambahlah usia kita.
potret lama,masih ku simpan.
ku bingkai kan kenangan.
hingga terkadang ku tersenyum sendirian.



perjalanan kita masih jauh.
jalanan berliku bakal kita tempuh.
di masalah kenangan semalam,
jadi azimat penguat semangat.
menempuh masa hadapan.
harapanku,kau kan bahagia selalu :)

padaku engkau menghibur duka,
pengubat hati resah kecewa.
dikala malamku kau bawa cahaya.
antara kita tiada rahsia,
susah dan senang tetap bersama.
terpateri namamu kau tak kan ku lupa :)


:(

Ku mengharap kenangan indah semalam berulang kembali.
Ku mengharap kata-kata janji kita,tertunai.
Ku mengharap kau jangan pernah berubah,
Ku mengharap kata-kata yang kau kata"kita keluarga bahagia"
bukan sekadar dibibir,.
Tapi,kau berjaya buktikan..kata2 itu memang sekadar dibibir..
sayangnya :(
kau hilangkan kepercayaan yang aku beri,
kau berjaya hilangkan ia sedikit demi sedikit .
hingga hati aku tiada rasa apa2.
tiada apa.. :(
kosong..tiada rasa :(
kau berjaya kawan,
kau berjaya lukakan hati aku.
Kau berjaya jadikan ia luka yang paling dalam..
Tapi ketahuilah,aku maafkan kamu..dan aku juga minta maaf.


Walau ape pun,aku masih merindui kenangan kita,
yee,aku tahu bertemu berpisah kerana ALLAH.
8/5/2013 kita semua berjumpa,dan pengakhirannya???