Monday 20 October 2014

Bersyukur dan Bersabar

Bersyukur dan bersabar
Maksudnya:Daripada’ Amru Ibn Syu’aib ,daripada datuknya Abdullah Ibn ‘Amru,katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Ada dua sifat yang jika terdapat pada diri seseorang,nescaya Allah mencatatnya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sebaliknya,sesiapa pada dirinya tidak dapat dua sifat tersebut, Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan bukan orang bersabar,iaitu;Sesiapa yang melihat dalam perkara agama kepada kedudukan orang yang lebih tinggi daripadanya,lalu dia mencontohi orang tersebut.Sedangkan dalam perkara dunia dia malihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya,sehingga dia memuji Allah atas kurnia yang dengannya Allah melebihkan dia daripada orang lain,nescaya Allah mencatat dirinya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sesiapa yang melihat dalam perkara agama kepada kedudukan orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam perkara dunia dia melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadanya sehingga dia sedih atas nikmat yang dia tidak perolehi,nescaya Allah tidak akan mencatat dirinya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.         (Al-tarmizi,sifah al-qiyamah,2449)

Bersyukur apa adanya…syukur?syukur ke kite masa ni??
Tepuk dada ,tanya hati sayang.
Macam mana nak bersyukur? Kita ni bersyukur tak?
Agak-agak…?
Kadang hati..ada aje yang bicara sendiri..nampakkkkk..

Eh,cantiknya dia..!eh,hensemnye dia!kayanye!!untungggg!besaqnye rumah dia.!besaq gila kereta dia,mewah gitu!untunglahh!

Sayang…kenapa nak cakap macam tu? Sayang..tau tak saat hati bicara macam tuu,
Membuka ruang untuk kita tidak bersyukur..

Janganlah macam tu sayang.. katalah Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,untuk takdir hidupku..
Sayang tahu tak….

Berkaitan hal agama dan ibadat,kite ni kena perhatikan orang yang lebih tinggi untuk meniru dan ikut dia.bila kita ni tengok orang yang lebih baik,kita akan berlumba-lumba untuk buat ibadat,amal soleh.

Macam contoh ni..

Kita duduk kat surau..sama macam dia..kita dok bersembang,usik kawan..sementara nak tunggu azan,kita tengok orang tu..dok khusyuk baca yasin,tak cukup lagi,dia baca al-mathurat,tak cukup lagi,dia baca quran..jeles kan!..ishh!tak boleh jadi ni..kite kene buat jugak macam tuuuuuu….

Tak salah jeles kepada benda yang betul.

Sesiapa yang menganggap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sedikit dan tidak berharga,dia bukan termasuk hamba Allah yang pandai bersyukur dan bersabar.





3 jenis nafsu

Minggu lepas,wada exam syariah,tapi tak dapat full mark soalan ini.Jadi nak share sikit,dan sama-sama kita boleh manfaatkan sedikit ilmu.agar bertambah pengetahuan.Insyaallah.

Jenis nafsu secara umumnya ada tiga kategori utama.iaitu nafsu amarah,lawamah dan nafsu mutmainah.

NAFSU AMARAH

Nafsu amarah adalah kelakuan hati yang menerbitkan perangai yang mengadungi sifat negatif.Manusia yang mempunyai nafsu amarah ini kebiasaannya mempunyai sifat yang dikeji oleh Allah seperti dengki,khianat,mengikut hati dan lain lain lagi.Sebagaimana Firman Allah:

Terjemahan: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.
(Surah Yusuf 12:53)

orang yang dikuasai nafsu ini juga tidak tahan diuji ,bertindak mengikut hawa nafsu,fikiran dan hasutan syaitan.Mereka diperingkat ini akan mengingati Allah ketika susah dan melupai-Nya ketika senang.Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan;Dan apabila kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur)dan aapabila ia ditimpa kesusahan,maka ia berdoa-merayu dengan panjang lebar.
(Surah al fussilat 41:51)

oleh itu,kita mestilah menyucikan diri dari sifat-sifat mazmumah supaya lahir sifat-sifat murni.


NAFSU LAWAMAH

Nafsu ini nafsu yang mulai mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya sendiri.Peringkat nafsu ini,manusia dapat menguasai perasaan yang mencegah melakukan kesalahan,kezaliman dan apa sahaja yang ditegah oleh syarak.Perasaan ini lahir dari dalam sudut hatinya setiap kali melakukan sesuatu dosa atau kesalahan.

Bisikan dalam hati inilah yang dinamakan lawamah.Dimana mereka sering menyesali di atas sikap zalim  pernah dilakukan.Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan: Dan aku bersumpah dengan 'An-Nafsul-lawammah'(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)
(Surah al qiyamah 75:2)

Namun begitu,kiranya dia tidak mematuhi isyarat lawamah yang memancarkan di hatinya,lama-kelamaan isyarat ini akan malap dan padam.Justeru,dia kembali di tahap nafsu amarah.Hati yang berbolak balik disebabkan nafsunya yang berubah-ubah.


NAFSU MUTMAINAH

Nafsu ini merupakan jiwa yang tenang dan tenteram.ia adalah nafsu yang sempurna yang berada dalam kebenaran dan kebajikan.ia merupakan nafsu yang dirahmati oleh Allah,Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan;(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!-kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati(dengan segala nikmat yang engkau berpuas hati (Dengan segala nikmat yang diberikan),lagi diredhai (Disisi Tuhanmu)!
(Surah al-fajr 89:27 dan 28)

Antara lain,jiwa mutmainah merasakan ketenangan hidup yang hakiki dan tidak ada perasaan yang gelisah.Tidak lagi perbezaan senang dengan susah,kerana baginya sama sahaja.Antara sifat-sifat peringkat ini ialah Takwa,syukur,tawakal,kuat beribadat serta redha dengan ketentuanNya.