Wednesday 16 December 2015

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) PART 1



Assalmualaikum . hai ,

Lama senyap tak update blog ni ,alahai rinduuu tahap nak menitis air mata . ihiks 

Alhamdulillah selama wada tak update blog ni sebenarnya  dah cukup sebulan mawaddah berada di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) . Pertama kali menjejak kaki disini rasa lapang dada weyh !.Sumpah rasa nak menangis ,Dah la UPU tak dapat ,masih ada peluang sambung degree di KUIS .ALLAH ,bersyukur sangat sangat . Rasa macam nak menangis masa pergi jalan ke kaunter pendaftaran tu . ihiks .

Alhamdulillah ALLAH letak mawaddah kat sini ,bila dah fikir masak masak untuk masuk sini ,satu je benda mawaddah selalu ingatkan dalam hati ,semua ini ada hikmahnya ,yakinlah dengan perancangan ALLAH ,yakin yakin dan terus yakin ,ada sesuatu yang Allah letak disini . Sumpah tenang je rasa ni ,rasa pilihan tepat ,paling tepat .Alhamdulillah .

Pilihan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan undang-undang adalah pilihan pertama masa isi kemasukan online hari tu .Alhamdulillah dapat ! Langkah kaki dengan tenang dan letakkan setinggi tinggi keyakinan pada ketetapan ALLAH .

Terus  maju kehadapan adalah prinsip hidup mawaddah ! Berhenti mempersoalkan kenapa dan mengapa . “Kenapa aku disini? “ mengapa bukan aku yang dapat ipta ? cukuplah mempersoakan ketentuan Allah .
Mawaddah melalui hari hari seperti biasa  sebagai pelajar Bachelor syarie with law, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak , berusaha tunaikan impian ummi dan abi .Nak sangat balas jasa ummi abi ,Allah,panjangkanlah umur ummi abi. 

Sebulan masuk KUIS ,wada saja lah check yang hari tu mintak UPSI ,dapat pulak ujian medsi di UPSI .Alhamdulillah dapat ,16 disember ,semalam .Tapi wada tak pergi pun ,sebab memang dah tekad memang nak di KUIS .Okay sampai disini saje !

Semoga Mawaddah menjadi insan yang berguna buat agama ,masyarakat .Hidup adalah perjuangan dan cabaran “  amin .