Monday 14 November 2016

PENAT AAAAA KERJA

Assalamualaikum .Hi ,

woot! woot ! lamanya tak update blog .Hihi ,pejam celik lagi seminggu je masa untuk cuti sem .Kalau cuti sem biasanya korang buat apa ye ? Mesti ada macam macam plan kan .Ada yang plan duduk rumah je nak habiskan masa betul betul kan rumah .Ada yang kerja ,nak cari duit belanja untuk next sem .

Soooooo ,Waddah kalau cuti sem nak kerja la ,selain dari cari pengalaman ,Nak cari duit .hoho .Biasalah sebab rasa tak nak sangat menyusahkan umi abi minta duit banyak sangat .Sekurang kurangnya bila kerja ada duit sendiri ,kuranglah minta duit .kan kann .

Masa mula mula nak kerja tu ,minta izin dengan umi nak kerja .Macam ni tau waddah cakap "Umiiii,adah ingatkan nak kerja ..yela ,duduk rumah pun bukan ada apa nak buat " haha "jawapan umi "Kau kata takde apa nak buat ,ni haa mop lantai ,basuh baju ,masak ,kemas rumah "bhahahaha telan air liur jap .hahah!

Akhirnya ,dari masa ke semasa sesi memujuk ,dapat jugaklah aku kerja .Bila dah kerja pulak .Rasa macam nak cepatlah habis kerja .Dia macam ni tau ,masa nak pergi kerja tuu ,berat jeeee .time balik tu lajuu jee .hahah!Lepas tu ,rasa macam  hari hari aku macam ni ,pagi pergi kerja ,petang balik kerja ,Malam tidur .Ulang la dalam seminggu tu .ohoiii boring jugak kerja ni .

Disebabkan cuti sem ni sebulan je ,aku kerja sebulan je .Duit gaji boleh lah beli minyak masak .hoho!Minyak naik wooo !hahah .over kan .Sebab minyak dah naik ,aku bisinglah macam mana pun ,tetap juga la kena beli minyak kan  .yela .


Ni gambar semalam ,dapatlah keluar kejap dengan kengkawan jap ,tak pergi mana pun lepak shah alam,seksyen 7 je ,pergi makan makan ,selfie selfie haaaa .share cerita ,tampar peluk peluk .haha!

Btw ,jumaat ni last tau I kerja .last uollsssss .ahaahah! lepas ni ,fokus dan semangat baru yang berkobar kobar nak naik sem .hoho !








Sunday 21 August 2016

Siapa yang tak nak keluar kereta kalau rasa hodoh .

Assalamualaikum ,.

Hi ,siapa macam kat tajuk atas tu ,wadah nak cakap kita sama .hahahahaha .

Ada masanya ,kita rasa macam nak cantik-cantik je ,betul .Ada masanya kita rasa malas gila nak bersiap ,nak tukar baju pun malas ,kalau kat rumah pakai kain batik ,tiba-tiba orang ajak keluar beli barang ,memang jawabnya ,pakai kain batik jugalah keluar .

Umi tanya ,betul ni nak pakai macam ni ? "ye ,betul umi ,jom.

bila dah sampai tesco ,"kak ,p keluar beli susu,sayur ,beras,tepung ,ikan ..

kita pun "haaaa ,alaaaaa umi ,tak cantiklah nak keluar .hmm .alaaa,tak nak keluar kereta ,please .pakai kain batik ni ,macam mak cik ,malulah  "

mohon siapa yang perangai macam ni ,tolonglah lepas ni  kita bersiap je cantik-cantik kalau nak keluar .kita sama-sama berubah okay .

benda yang boleh buat kita happy

Ada orang happy bila duit banyak ,rasa cantik dan lain-lain.Korang macam mana ? kalau wada

1) Makan .Suka makan benda manis-manis macam ais krim ,coklat ,gula-gula .rasa manis boleh buat happy untuk diri wada sendiri .so ,kalau nampak wada makan ais krim kat taman bunga sorang-sorang sambil senyum tu tanda happy k .bukan gila .

2) Shopping .Ni la yang paling happy .Wadah suka scroll intsagram bukak ig yang menjual pakaian dan lain-lain .Wadah akan beli .paling best bila posman hantar barang kat kita then , kita ,rasa macam dapat hadiah dari seseorang .sebab barang kita beli tu kan terbungkus . so akan cakap macam ni " Eh ,barang ,dari siapa ? padahal diri sendiri beli untuk diri sendiri .Cuma berangan dapat hadiah la .konon je .

3) Mandi .Happy oii dapat mandi ,cuba bayangkan seharian tak mandi ,punah hidup ,kusam ,busuk ,tak segar langsung .So ,wada jenis yang suka mengemas pagi2 ,sebelum mandi .time tu ,siapa nak suruh wada buat kerja ,silakan ,alang-alang nak busuk terus .sebab bila wada lepas mandi memang malas nak busukkan badan ,rasa nak cantik2 je ,make up2 dan happy .

4) Sihat .Sihat adalah nikmat paling best ,best weh .Best gila sihat .Wada kalau asthma datang ,nak jalan pun tak larat ,bercakap pun ,makan pun lagilah tak larat ,sedih .Bila sihat ,Alhamdulillah ,Allah bagi wadah sihat .ada orang tu asthma sampai kena tebuk dada .Ya allah .

5) Pakai baju baru .Yang ni pun best .rasa hari hari ,hari raya .ewahh .suka sangat pakai baju baru ,masa jalan tu boleh rasa nak lompat-lompat sambil menyanyi .ewahh .baju tu,murah pun takpe ,yang penting cantik .cantik tak semestinya mahal kan .


ni jela di antaranya .nanti wadah share lagi :) 

:(



Assalamualaikum .hi ,

Sorry lagi sebab entry yang tah apa-apa .ini Cuma diari harian bergerak yang rasa nak luah ,tapi tak terluah bila nak bercerita ,jadi saya menaip ,siapa nak baca ,silakan .tak nak ,takpe .
Tak ,bukan apa .bukan mawaddah nak sentap tiba-tiba.Bukan nak terasa hati tiba-tiba .Tapi sedih tau awak kata macam tu kat kita ,kita tahu kita tak sempurna macam awak .ish sedih la macam ni ,nak lari nangis belakang pintu la ,jangan cari kita lagi.

Bagi kita ,pakailah apa pun ,asalkan menutup aurat .tak kisahlah shawl tu awak nak lilit berapa banyak pun .itu bagi kita .Sampai hati awak kata kat kita suruh bakar dan buang  je shawl kita .kita tahu tudung awak labuh .Kita tahu ,kita tak sebaik awak ..tapi ,kita rasa awak tak patut tegur kita macam tu ,awak kasar sangat ,macam seolah olah  shawl tu haram langsung kan .Awak ,sampai hati awak .kita rasa ,kita tak patut hukum seseorang tau .Awak tak baik ,cakap macam tu .Sedih hati kita .nak nangis jap sambil tutup muka guna selimut .

Kalau saya salah tegurlah baik baik ,saya sayang awak .Saya pendosa .

Sunday 7 August 2016

Murung



Assalamualaikum .Hi,

Alahai rindunya dekat blog kite ni .Blog yang selama ini kite update entry yang memang kurang penulisan yang bagus bagus pun.Merepek dan mengarut je banyak .Nak baca silakan .Tapi,Jangan muntah kuning ye .Tapi maaf ya .Okay ,sambung lagi ,Disebabkan dalam beberapa hari ini ramai yang bertanyakan soalan yang sama sehingga mawaddah mengalami kemurungan yang agak teruk ,.hahaha .teruk lah sangat .Tak,mawaddah tipu je .hikss .Mawaddah masih sihat . Okay soalan dia berbunyi “ Mawaddah ,tak ada boyfriend ke ? penat tau I nak jawab dengan pura pura gelak “hah!boyfriend ,sambil senyum sipu sipu macam kerang busuk dan jawab mana ada “

Ingatkan soalan itu habis situ je ,rupanya ada lagi“ dia Tanya pulak nak lelaki macam mana ?””Aku memilih ke ? jenuh I nak jawab tau .hiks .

No lah ,bukan memilih .Tapi senang cerita belum ada orang nak ! hahaha .
Sebenarnya ,umur macam mwaddah ni Cuma rasanya tak payah fikir lagi kot ,Cuma doa banyak banyak dikurniakan jodoh yang soleh dan zuriat yang soleh dan solehah .tu jaa boleh cakap sekarang ni .

Tu ja nak cerita .kan dah kata merepek . 
Sekian . :)

Tuesday 21 June 2016

Kalut

Assalamualaikum .Kalau entry lepas cerita pasal trip ke Langkawi .Entry lepas yang kata nak sambung part 2 tu rasanya tahun depan ke entah bila .ihiks .atau tak update terus .ihiks .

Bukan apa ,sekarang ni assignment dah berlambak gila .longgokkan assignment .Nahh amik kau .Semua assigment kena submit minggu ke 8.okay sekarang ni dah minggu ke 3 .Then,kena present semua lepas raya .Maknanya raya kali ini tolonglah mawaddah jangan nak happy sangat .Please sambil sambil raya tu hadamkan semua tajuk present hang.

untuk sem ni ,belajaq fiqh munakahat ,tiba tiba rasa nak kahwin .puih . Ekuiti,ulum quran,ulum hadith,writing skill,arabic,Teknologi maklumat .yuhuuu .Moga sem ni dekan lah ye .

Thursday 19 May 2016

PERCUTIAN KE LANGKAWI PALING MURAH ( DAY 1)




Yay ! cuti sem dah nak habis ,sebelum cuti habis kita pergi lah bercuti walaupun dalam Malaysia je.Nak pergi jauh jauh,duit tak banyak .Tempat yang kami piih ialah Pulau Langkawi.Pulau ke lapan tercantik didunia .

DAY 1 .
Kami pergi hari isnin 16 mei ,kami berkumpul di KL Sentral ,kemudian naik bas ke KLIA 2 ,Perjalanan ke KLIA 2 amik masa dalam satu jam sahaja,boleh sempat tidur la.then ,sampai dalam pukul 4 macam tu la dekat KLIA 2.Tiket kami pukul 7 tapi saja je pergi awal ,takut ada apa apa berlaku ,so kita buat persediaan awal . Kami sampai Langkawi pukul 8.30 malam .Awal pulak .. kami amik pakej chalet,kereta dan island hoping dengan harga rm142 seorang .murah kan !Chalet di Damai Inn ,Dapat kereta Myvi .Okay la .Sebelum pergi Chalet ,kami singgah di Restoran Lubuk Buaya ,not bad la .Harga dia murah ,okay la.Sebab nya sampai malam ,pergi chalet terus je tidur ,esoknya baru mula berjalan .Nanti wada cerita .ihihi

Yang tu nama dia Halim,dia la yang uruskan pakej kitorang.


muka penat gila tu .

Friday 13 May 2016

Peraduan Safi 2016

Hai korang ,Jom masuk Peraduan Safi :)

Tahu tak Safi ada buat peraduan sampai hujung bulan Mei ini .Sempena menghargai pengguna Safi .Suka tak ? suka kan .jom kita masuk sama sama .Mana tahu menang kan .Hadiah utama sebuah kereta Alza tau .Kalau dapat ,Ya Allah ,rezeki betul .

Macam mana nak masuk ?
okay ,korang kena membeli barangan safi yang bernilai RM20 dan keatas tau .Boleh sms atau pos kan penyertaan korang .

boleh download penyertaan dilink dibawah .klik sahaja .

.https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=12&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwi7mej53NjMAhUDs48KHQNlApIQFghiMAs&url=http%3A%2F%2Fsafi.com.my%2Fimages%2FSAFI_FAIR_2016_Contest_Form.pdf&usg=AFQjCNHaeUDJLy8-CwDDx_oRCSqMJIjPwg&sig2=q5826oQcAwuA2sy2E1_uog

selamat mencuba :)





Yay ! cuti sem

Assalamualaikum semua ,hai !
rindunya nak taip entry baru untuk blog ni ,rinduuuuuuuuu !

Ahaa ! yay dah cuti sem ,result pun dah dapat .Alhamdulillah okay .lepas lah 3 pointer .fuhh .,Dah sebulan cuti sem berlalu ,tinggal berbaki lagi beberapa minggu je sebelum naik sem baru ,dalam dua minggu rasanya .kejapnya lahai .

Cuti sem buat apa ?

Nak kata bercuti tu ,tak kot!

sebab.....................
wada kerja ,hihi ,kerja la ,apa lagi .Cari duit poket sikit kan .kan.kan .jadilah .Tak adalah nak minta kat ummi abi duit belanja banyak sangat .Then ,bila kerja ,dapat gaji boleh beli baju baru .hiiiiiiiiiii.
Then ,kumpul duit sikit untuk bercuti kejap .Kejap je .Wada pilih pergi Langkawi.Ticket flight 16 mei ni .Tak sabarnya ..Isnin ni lah .Setelah sebulan lebih bekerja,akhirnya dapat juga wada bercuti.Tak jauh .Dalam Malaysia jugak .HEHE .

okay tu je ,
bye semua .sayang blog ni . :) Nak lanje satu picture ! kihkih



Wednesday 17 February 2016

Jimatlah Mawa



Life as a student ni memang kena berjimat cermat .Tapi ,Ya Allah ,susahnya ..macam- macam nak makan .Kadang-kadang tu bukan nak makan sangat pun,tapi sebab teringin nak makan,kawan makan,kita pun nak juga . Hari ni ja hampir RM20 ringgit ,aku rasa banyak kot 20 hinggit tu ..student bukan ada duit banyak pun.. haih .esok mesti puasa ! tu jela kalau nak cover duit yang banyak habis untuk hari ini ! kah!Tak pela ,sekali dengan puasa sunat .hee
 
 Makan satu hal .Yang perempuan ni pulak pantang tengok orang jual-jual tudung lah,jubah lah, apa lah ,amende tah.Memacam aku nak .Terbeli pulak tudung 3 helai oii .Ter TerTer beli okay! .hmm .Okay ,anggap jela hadiah diri sendiri untuk bulan ni.


Nak jimat la wehh Mawaddah! Keluarlah syaitan gemok dalam badan yang suka membazir!


Cukuplah bajet Rm10 je satu hari.Serba salah asyik nak minta duit dengan ummi abi je.Bukan orang kaya raya pun.Cukuplah makan isi perut.:( Hidup bukan untuk makan,tapi makan untuk hidup.Jadi makanlah sekadarnya .Jangan melantak tak ingat dunia!