Wednesday 16 December 2015

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) PART 1



Assalmualaikum . hai ,

Lama senyap tak update blog ni ,alahai rinduuu tahap nak menitis air mata . ihiks 

Alhamdulillah selama wada tak update blog ni sebenarnya  dah cukup sebulan mawaddah berada di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) . Pertama kali menjejak kaki disini rasa lapang dada weyh !.Sumpah rasa nak menangis ,Dah la UPU tak dapat ,masih ada peluang sambung degree di KUIS .ALLAH ,bersyukur sangat sangat . Rasa macam nak menangis masa pergi jalan ke kaunter pendaftaran tu . ihiks .

Alhamdulillah ALLAH letak mawaddah kat sini ,bila dah fikir masak masak untuk masuk sini ,satu je benda mawaddah selalu ingatkan dalam hati ,semua ini ada hikmahnya ,yakinlah dengan perancangan ALLAH ,yakin yakin dan terus yakin ,ada sesuatu yang Allah letak disini . Sumpah tenang je rasa ni ,rasa pilihan tepat ,paling tepat .Alhamdulillah .

Pilihan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan undang-undang adalah pilihan pertama masa isi kemasukan online hari tu .Alhamdulillah dapat ! Langkah kaki dengan tenang dan letakkan setinggi tinggi keyakinan pada ketetapan ALLAH .

Terus  maju kehadapan adalah prinsip hidup mawaddah ! Berhenti mempersoalkan kenapa dan mengapa . “Kenapa aku disini? “ mengapa bukan aku yang dapat ipta ? cukuplah mempersoakan ketentuan Allah .
Mawaddah melalui hari hari seperti biasa  sebagai pelajar Bachelor syarie with law, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak , berusaha tunaikan impian ummi dan abi .Nak sangat balas jasa ummi abi ,Allah,panjangkanlah umur ummi abi. 

Sebulan masuk KUIS ,wada saja lah check yang hari tu mintak UPSI ,dapat pulak ujian medsi di UPSI .Alhamdulillah dapat ,16 disember ,semalam .Tapi wada tak pergi pun ,sebab memang dah tekad memang nak di KUIS .Okay sampai disini saje !

Semoga Mawaddah menjadi insan yang berguna buat agama ,masyarakat .Hidup adalah perjuangan dan cabaran “  amin .

Monday 19 October 2015

Pergi tak kembali 15 oktober 2015

Assalamualaikum , alhamdulillah syukur kehadrat ilahi masih berkesempatan menaip entry kali ni .

Sebak , sedih , Inilah rasa terpisah dua jiwa kerana ketentuan Ilahi .

15 oktober 2015 ,
Saya dikejutkan dengan berita pemergian Nenda tersayang . Arwah Montamah Binti Haji Sidek .Tepat jam 12.59 tgh hari nenek telah kembali kepada Penciptanya .

Pada jam 12.30 tgh hari ,saya mendapat berita jantung nenek telah berhenti tetapi nadi nenek masih bergerak .

Nenek dihantar ke Hospital Tanjong Karang , Di Dalam perjalanan ,nenek sudah tersangat lemah ,badannya sangat layu .Nenek layu , Anak matanya mengecil , nenek diam ,tenang , terlalu tenang .

Setelah tiba di hospital , Nenek dikejarkan di wad kecemasan .Doktor kata nak cuba buat CPR 30minit ,Masa tu , saya rasa ada sinar ,macam nenek akan sedar kembali .

Tapiiiiiiiiiii,
Doktor kata "Nenek awak telah pergi 5 minit yang lalu" Nenek dah tiada .Demi Allah ,nenek dah tiada.Nenek dah tiada .Selamanya .

Rasanya seperti bermimpi dalam terjaga . Rasa mahu menidakkan kebenaran .

"Nenek dah tiada "

Nenek yang menjaga adah dari kecil " Dah tiada "
Nenek yang selalu mengingatkan tentang solat " Dah tiada "
Nenek yang selalu masakkan adah " Dah tiada "
Nenek yang selalu bercerita " Dah tiada "
Nenek yang selalu temankan tidur adah " Dah tiada "
Nenek yang selalu tanya soalan yang sama berulang kali "Dah tiada "
Nenek yang selalu tunggu adah " Dah tiada"
Nenek dah tiada . Tiada . Tiada . Tiada . Tiada . Tiada .

Nenek ,
Rasanya Ada banyak lagi yang adah nak nenek tahu tapi belum tercerita ,

Nenek ,
Dalam masa adah jaga nenek ,Adah banyak terkurang .Banyak tersalah ,

Nenek ,
Adah .sayang nenek .sayang sangat . Adah sayang nenek .

Ya Allah ,Ampunkan dosa nenek Montamah Binti Haji Sidek samaada yang disengajakan mahupun tidak ,Ya Allah ,Terangkan kubur nenek ,Luaskan kubur nenek ,jangan bagi ada semut ,ulat gigit nenek . Ya Allah , belas kasihanlah pada nenek .Ya Allah ,Ampunkan nenek , tempatkan nenek bersama orang orang beriman yang Kau kasihi .

Nenek ,
Adah tak kan lupa nenek .Adah rindu nenek ,tapi tak boleh jumpa nenek , Doa adah sentiasa mengiringi nenek ,Insyaallah .Semoga nenek tenang ,bahagia diredhai Allah . Amin .








Wednesday 2 September 2015

Makan banyak tapi berat tak naik.

Assalamualaikum lagi. Hai lagi.

Huhu. Last entry malam ni ,tiba tiba wada rasa lapar. Nak makan takutlah .Tak pela. Tak nak makan. Cehhh. Padahal. Satu pinggan mee goreng dah jalan dalam usus pengkhadaman.

Siapa yang jenis makan banyak tapi berat tetap je. Habaq sikit. Weyhh. Aku jeles ni. Level tinggi ni. Korang makan nasi banyak tinggi macam gunung kinabalu tapi berat tak naik. Apa cite.? Ni nak.. grrr.

Wada ni nak makan takut takut. Nak makan sukat sukat .nak makan jaga jaga pun. Cepat je dia naik. Hmm. Stress nya ya ampun. Kadang kadang rasa. Lantak lantak. Nak makan juga.

Okay la. Tak nak cakap panjang panjang.  Tataaaa

Malam semuaa.

Selamat malam semua. Korang nak mimpi lena tak. Tataplah wajah ini, sebelum tidur. Ihiks. K.gurau jee. Gurau okay. Alaaa.dah lama tak gurau .alaaa. cuit cuit sikit.

Sebenarnya, tiap kali selfie. Wada jumpa kepuasan. Haha. Yeek nye wada ni.Bila tengok muka sendiri macam comel je.eyeek. . K. Semua. Maaf ye sebab buat semua rasa nak muntah hijau kacang buncis cili bawang nasi.

Wada gurau je.


Cerita lama

Assalamualaikum. Haiii. Hai awak. Awak ..mihmih.

Rasa nak merepek merepek jee.gittuw.
Rasa entah apa apa la.

Nak cerita boleh?  Nak juga. Peduli apa. Ihiks.

Haaa, entahlah, sebenarnya tak tahu la kenapa. Wada rasa macam malas kot nak amik lesen kereta. Macam ......tak nak bawak kenderaan. Nak ada driver. Haha. Banyak cantik. Ingat banyak duit ke. Heh.

Haaa, Wada dah pandai bawa moto. Tadi kita bawak moto ego. Pinjam moto orang. Masa bawa tu. Macam happy je. Sambil menyanyi nyanyi dalam hati. Rasa jalan tu macam wada punya sorang je. Masa bawak tu jalan tu kosong , tak sedar pun terbawa tengah jalan. Tak sedar ada kereta kat belakang  .Tiba tiba kereta tu potong. Aduduuu. Terkejut dehh. Terkejut nak terloncat jantung kita. Gigil gigil. rasa macam tak nak bawa dah. Em, bagi la wada sampai ke destinasi. Janganlah potong .takutlah. rasa macam goyang goyang je moto tu.

Tapi kan, kadang kadang rasa macam sampai bila nak macam tu. Sampai bila nak takut. Kawan kawan dah reti. Kita terkedek kedek lambat. Hm.

Entahlah. Sedar juga. Tak kan nak bergantung kat ummi abi. Suruh bawa p situ, p sana. Hm. Sampai bila.?

Wada dah daftar dah kelas memandu. Sepatutnya bulan 7 lagi Ada kelas . Tapi wada postpone tarikh. Insyaallah awal bulan 10ni dah ada lesen kereta.yahuuuu . Haha. Wada lambat. Heh. Peduli apa. Eh, korang doakan lah. Semoga wada lulus dengan cemerlang. Ihik. kalau tak cemerlang tu bukan wada. Ngehngeh. Sambil senyum kerang busuk.

Harap wada dapat keberanian yang luar biasa dan tidak disangka. Amin .Watchaaa. Bertukar ultraman.!

Rasa takut tu, sampai sekarang. Tak hilang hilang .Bukan ikut hati perasaan. Nak mengada ngada lah konon. Orang kata. Hm.  Wada cuba. Cuba amik lesen. Lawan rasa takut tu. Tapi tiap kali bawa, wada teringat peristiwa yang wada masa tu dalam kereta. Umi dah parking  .Tiba tiba ada kereta langgar .Wada nampak kereta tu laju.laju terus langgar. Masa tu rasa. Tangan sejuk, mengigil.. lepas tu. Kereta tu pusing pusing langgar kereta lain. 3buah kereta kena langgar. wada duduk je dalam kereta. Then, kereta kena bawa balai polis.Takut.

Sampai sekarang,  kalau ummi abi bawak. Ada kereta dekat je. Wada tercakap ummi, hati hati. Ummi kereta tu nak  langgar.ummi ada kereta.! Ummi.. perlahan. Ummi. Hmm. kadang kadang ummi kata, "yee ummi nampak. Yee, ummi tahu "

Sorry ummi abi. Wada tak nak jadi penakut. Anak ummi ni berani. Hm

Tuesday 1 September 2015

Selamat malam :)

Assalamualaikum. Haiiiii haiii haii.

Ihiks, korang suka tidur awal, bila masuk bilik terus rasa nak tidur je  atau yang jenis suka tidur lewat. Ihiks. Layan movie sampai tengah malam.

Wada ni semenjak dah kerja ni ,asyik nak tidur awal je. Entah apa tah yang penat sangat. Ihiks. Mungkin otak ni kot yang penat duk fikir macam macam.

Masa amik STPM dulu, sukalah study sampai tengah malam. Lepas tu, layan movie sampai lah ke pukul 1 pagi. Uish. Dahsyat. Aduduuu. Rinduu kawan kawan Stpm.

Okay la. Selamat malam semuaaaa. Jangan lupa baca doa tidur

Friday 28 August 2015

Pagi yang indah

Assalamualaikum .Hai semua !!!  Apa khabar semua ?.Much love from Kuala Selangor .ihiks. Di pagi Sabtu nan indah ,wada masih bekerja .Halfday je hari ni . adududuuu .hikhik .

Rasa malas je nak bangun .Rasa Nak tidur je .Bangun tadi pun liat-liat,malas malas .Umi kejut suruh bangun tadi pun wada kata tak nak bangun,nak tidur .lima minit jee lagi .ihiks .eleyhhh .korang pun mesti selalu guna ayat lima minit je lagi .kan kan ? ihiks .


Dua hari lepas arwah pak cik wada telah kembali kerahmatullah .Pak cik wada dah meninggal .Dah dijemput Ilahi .Moga anak-anaknya tabah .Setabah Sumayyah .Yang dah pergi tak akan kembali .Cuma kenangan bersamanya menemani kita .

Malam tadi pulak ,Wada pergi kenduri tahlil arwah Wak ran .Bila sampai je , semua dah siap .Tak dapat tolong .Wada Tolong baca baca tahlil dan makan dan tolong basuh pinggan .Cakap dalam hati ,”agak-agaklah mawaddah,Dah la datang lambat ,tolonglah ringankan beban orang ,orang dah masak ,Biar mawaddah basuh pinggan .ihiks.”

Semalam kan .wada dapat tahu benda baru .

Selama ini ,wada ingatkan kenduri tahlil ini semata-mata untuk baca tahlil ,panggil orang kampung dan niat nak sedekah makanan .

Rupanya ,Bila panggil orang kampung tu,kalau 50 orang yang datang ,50 mulut yang berzikir sebanyak seratus kali,yang baca ayat 3 kul ,dan disedekahkan untuk arwah .Kan dapat banyak pahala .Kalau kita buat sendiri ,kita tak mampu .Betul juga tu .


Tu je ,Sekian .

Wednesday 10 June 2015

Apa Ni ;)

Assalamualaikum . Hai .

Betullah hati manusia ni mudah berbolak balik .Nama pun manusia . Tapi tolong teguhkan iman anda dari berbolak balik .Tetapkan prinsip dalam hidup bahawa Iman ,islam tiada dua,tiada tiga ,tiada pilihan .Dia cuma satu . Cuma iman dalam islam .satu ! serta  kalimah " Laa illaha illallah "

okay , senyumlah . Tu  mukaddimah je, cuma untuk ingatkan wada sendiri dari terlupa ,Apa-apa yang kita buat dalam hidup ,ingat prinsip tu dulu .

sebenarnya __

Wada cuma nak cerita , Pada suatu hari,Wada nak makan kat luar , Dah plan dari rumah nak makan Bihun Tom Yam je ,je je okay .Dah terbayang dari  rumah tom yam siam yang kaw kaw tu ,makan sampai meleleh hingus . hihi . Tapi ,apabila sampai ..Wada order benda lain pulak . order Chicken chop .hmmm , ni namanya apa ? Pendirian tak tetap atau jenis ikut suka je kata hati .



Bukan bab makan je , Tapi.

Okay ,Wada pelik . Beli skirt dulu,skirt yang kembang-kembang tu .macam princess tu. haha.Baru nak cari baju .Kat rumah ,jenuh wada fikir,okay .nanti nak beli baju warna putih la.sesuai ni dengan putih .Nak cari jugak warna putih .Mesti dapatkan baju warna putih.Putih!colour putih jugak !tak kiraaa .puuuutihh .
Sesampai je , cantiklah warna pink ni,belek belek. ___ okay beli pinklah .kawan yang tengok pun pelik .. lalu,angin pun berlalu sepoi-sepoi bahasa .Sambil aku pandang kau .kau pun pandang aku dengan memahami . :)

korang ,, hihi .entahlah wada punya kata-kata yang banyak tu dah tak ada . Hilang tiba-tiba amende nak cerita tadi .Lupa la point utama cerita ni .

okay , sekian .Terima kasih :)

Setiap Tahun . :) Diet Part 1.

Assalamualaikum , Hai .

Dari tahun ke tahun yang seterusnya,bila ditanya tentang azam tahun baru ,Mesti ada wada selitkan sikit ruang dalam hati nak diet ,sikit je tau .sikit la .please bagi chance .Dalam hati je tau,dalam hati ok . Hati kan menyimpan beribu rahsia .ceh .. konon tak nak orang tahu .konon nak macam ni .


Bila terjumpa kawan 10tahun lepas :

Kawan :  "eh,Mawaddah! dah kurus la,sambil terujaa."

Wada   :   Ish,mana ada ,sama macam dulu je .tak ada beza :)


Hakikat :

Kawan  : Weyh.lama tak jumpa !amboii,tembam la hang sekarang,macam pau kena pam pam la hang                 ni ,,sampai aku tak cam dah .sambil picit-picit pipi tembam wada .

Wada    : Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh .Ish hang nii . Dalam hati .Diamlah .

Lalu burung-burung pun berterbangan dan hatiku hampa.Korang tahu tak,setiap tahun tuu aku nak kurus ,sampai hati hang kata aku tak kurus lagi .Sampai hati hang . lalu aku pun mula plan diet balik ,sampai la ... .tiiiittttt .

   Pada tahun : 

  2010 - Nak Diet

  2011 - Nak diet

  2012 - Nak Diet

  2013 -  Nak Diet

   2014 - Nak Diet 

2015 - Nak Diet lagi!!!


Tapi kan . kan . Manusia ni tak akan pernah rasa cukup dengan apa yang kita dah ada .Sedangkan ramai lagi orang yang nak jadi macam kita :)  Oleh itu, Kenallah erti bersyukur wahai Nur Mawaddah ,dan kau akan merasa sangat bersyukur tentang diri kau . Dan nikmati kebahagiaan serta syukuri kelebihan . :)


Siapa yang kata Wada gemok tu ,mai sini . haha :)
gurau je ok .gurau












Saturday 30 May 2015

Kesedaran Diri Sendiri .

Assalamualaikum .Hai,

Nak kata anak manja tu sebenarnya tak pun ,Selalu juga kena cubit-cubit . Nak kata tak kenal bawang tu , kenal lah .Nak kata tak tahu mana satu  peralatan memasak . ish ,tahu juga .

Nak kata anak dara pemalas masuk dapur tu, tidak jugak .Sebab kita rajin masuk dapur cari makanan . hihi . tak lah ,kite  teman umi masak,tengok umi masak .. hihi . Pergi dapur , gesel2 badan kat umi, "umi nak masak apa tu",ishh sedapnya . Tapi,tak masak pun . Alasan paling best untuk mengelak dari memasak ,"umi,adah nak buat homework ye" ? hah,buatlah . Kite pun buatlah homework sampai umi siap masak .Nampak tak disitu? hihihi

Tapi, makin lama , kite tengok ramai pulak  kawan-kawan yang dah  pandai masak , uishh jealous ! jealous !
diorang siap bawa bekal pergi sekolah duluu . lepas tu makan sama-sama .Semua pakat puji ."eh,sedaplah.Siapa masak ni? " kawan pun menjawab sambil tersipu-sipu malu , "sayalah yang masak " dan setiap hari bertukarlah resepi baru . Sedap pulak tu .Dan dipujilah kawan tu dari hari ke hari sampai kembang.

Mawaddah pun tak nak kalah tau . kite pun mulalah belajar masak senyap-senyap .Belajar sikit - sikit . Masak benda yang senang-senang dulu . Bila dah tahu basic ,semua kita dah boleh masak . Dan akhirnya sekarang, Saya dah pandai masak tau . hahaha .. Dan hobi sekarang ,kita suka masak ,dan suka tengok orang makan dengan kesungguhan dengan riak muka macam perghhh sedap,sedaappp !!

Sebenarnya , semua itu datangnya dari diri wada sendiri . Sebab rasa tak lengkap jadi seorang perempuan tanpa kebolehan memasak .Rasa kurang sesuatu . Lagipun,perempuan ni kan memang dah sinonim dengan aktiviti memasak .Sampai bila nak mengharap air tangan umi aje.Memasak ni memerlukan kemahiran , minat dan dipraktikkan hari demi hari .Lama-lama korang pandai.percayalah . :)

Jangan risau kalau masakan pertama korang seperti rasa garam tertumpah atau hitam macam arang .Yee, wada tahu , mula -mula nak belajar memasak , mesti macam kelam kabut sikit , rasa gelabah . rasa ehh ehh ehh .Gaya macam nak bersilat je .padahal masak je pun . jangan risau , kita kan belajar  kena belajar dari kesilapan .Perbaiki diri dari hari ke hari   :)

Mestilah punya ,masa mula-mula nak masak tu,korang akan cakap kite tak tahu nak masak apa =_=
so,banyakkan minta resepi dari mak korang,banyakkan bertanya  , Wada tahu , mak mak kita win lah bab memasak ni ,kan kan .Pejam mata ,dah siapp ! Ceh. hebatnya cerita .

Tapi, korang jangan lupa juga jaga keselamatan juga . Manalah tahu , sambil potong bawang tu , terberangan pulak . Kang kang ,terhiris pulak jari tu . Apa-apa pun ,amalkan langkah keselamatan .tau !

sekian .











Monday 25 May 2015

Bad habits.

Assalamualaikum . Hai :)

Makin lama , wada makin sedar yang perangai buruk ni kena buang . Rasa nak buang dah lama , tapi . tapi . tapi . Susahkan nak buang perangai yang sudah lama sedia ada . Kadang-kadang rasa rimas dengan perangai sendiri .

Tidak tegas . kadang - kadang rasa menyampah . seriously . Menyampah sangat . teringin nak jadi orang yang tegas . Sebab kadang-kadang rasa sebab sikap tak tegas ni membuatkan wada sering dibuli . Contohnya , Mawaddah,kita pakai sabun awak tau . __dalam hati"eh.,dah pakai baru cakap" tak pela,mungkin dia tak sempat nak cakap . wada selalu buat ayat nak sedapkan hati sendiri . hakikatnya.. ia berlarutan sehingga Pak abu kahwin dua .

Wada pun jenis rilek-rilek je . Sebab malas nak panjang-panjangkan cerita .Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku .

Tidak pandai marah , wada rasa seperti di layan seperti budak - budak . walaupun dengan budak-budak . Kalau wada marah pun, tak ada siapa takut . :( sedih ,rasa macam wada tak layak untuk marah walaupun benda tu salah . Wada nak marah sebab benda tu salah . Tapi,tak siapa nak kisah .Rasa macam ___ . Masa jadi exco ibadah dulu pun , budak-budak bermasalah , Wada suruh kawan wada yang rock2 tolong tegurkan . Nasib baik diorang faham , faham yang wada tak pandai nak tegas apatah lagi marah .Adakah kerana berlembut hati sangat sehingga dipermainkan  sebegini . .

Kawan kata muka wada kalau marah pun,muka lemah lembut je ,cakap pun alahai macam berbisik ,.marah pun orang tak takut . Senyum je .nak takut macam mana . __ * kembanglah kita orang kata muka lemah lembut . haha

Jalan lambat .selalu kalau jalan dengan kawan ,mesti akhirnya tercicir sorang-sorang kat belakang .Kadang-kadang rasa macam dah laju dah ,tapi , kawan kata "Mawaddah,cepatlah sikit !" tak pela ,korang jalan dulu .So lepas ni,Saya kena jalan laju untuk mengurangkan pembaziran masa .Terima kasih ye kawan yang selalu jalan dengan kita . haha .

Suka letak barang merata ,lagi-lagi barang yang kecil cenoeett tu . Contohnya , pin tudung . Wada rasa kalau dikumpulkan adalah dalam satu baldi pin tudung tu . Tapi, agak musykil dimana sebenarnya semua pin tudung tu .hihi,kalau jumpa pun kat mana -mana tah ,bawah kerusi ,kat dapur , rak pingganlah, bawah katillah , dalam vacumlah . kat mana-mana lah .

Tak suka bersenam . Pemikiran sangat pasif kalau bab bersenam,sukan dan lain-lain . Mungkin sebab terbiasa dari kecil kot , Abi selalu pesan ,jangan lari-lari. nanti asthma datang .lepas tu,Wada selalu pesan dalam diri, jangan lasak-lasak,nanti asthma datang ,Apa yang tak lasak , apa yang mengah2 dalam sukan tu .jadi akhirnya , wada tak suka bersenam,bersukan .. Tapi alhamdulillah , sekarang saya rasa semakin okay . So,lepas ni boleh lah senam sikit2 . mihmih.


Sekian ,





Friday 22 May 2015

Hati saya dan kami mungkin . :)

Assalamualaikum .

Sebelum baca sila kendurkan urat urat tegang anda dan letakkan emosi yang sesuai ketika membaca .

Muslimah itu , terkadang gelak juga tanpa henti ,Terkadang juga suka bercerita hal dunia , tanpa sedar kami minum berdiri ,Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa tidur dan ayat kursi . Terkadang pakai stokin dimulai kaki kiri .Terkadang aci redah  sarung kasut orang lain tanpa disedari ,

Muslimah itu,kadang gembira  sampai terlompat-lompat .Sambil senyum tayang gigi .Terkadang terselfie buat muka comel dan letak gambar di laman sosial .Terkadang menitis air mata laju tak terperi ,

Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi ,Terkadang rasa marah menguasai diri ,sampai rasa nak lempang orang tu laju laju without mercy.

Tapi kami ,

kami muslimah ,adalah manusia biasa ,
yang tidak lari dari perasaan manusia ,
yang tidak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
yang tidak lari dari perasaan lemah dan tidak bermaya .
yang tidak lari dari khilaf dan dosa .

kerana apa ?

kerana dia juga manusia biasa . Apa-apa pun ,yang pastinya ,muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh .sentiasa cuba menggembirakan hati orang lain walaupun kadang-kadang tak siapa jaga hati dia .Sentiasa cuba perbaiki diri .Sentiasa persiapkan diri menjadi wanita solehah . dari hari ke hari tanpa henti .Walau kadang-kadang dia tersungkur,itu bukan kerana dia lemah ,tapii,kami cuba ambil masa untuk bangun semula .untuk jadi kuat dari sebelumnya .Kerana dia berusaha menjadi bidadari dunia dan akhirat sana . Insyaallah .


Sunday 17 May 2015

Wanita Syurga Bidadari Dunia .

Wahai wanita hiasan dunia ,

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa
Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa

Apa sebenarnya bertudung ?



Assalamualaikum .



Didalam surah al ahzab ayat 59 yang bermaksud :

' Wahai nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin,"Hendaklah mereka menutup jilbabnya keseluruh tubuh mereka"Yang demikian itu,agar mereka lebih mudah dikenali ,sehingga mereka tidak akan diganggu.


Indahnya islam,.islam itu mudahkan .Persoalan tudung jarang,kecil dan singkat serta Bijak dalam berdakwah .Jum dengar ni satt . :) kita kutip ilmu sama-sama dan perbaiki diri .





Doa Iman .

Assalamualaikum,apa khabar iman hari ini?
masih teguh,atau goyah .Jangan Pisahkan kita dengan Iman.

Ya Allah,hidupkan kami dengan Iman .
Ya Allah,matikan kami dalam Iman,
Ya Allah ,bangkitkan kami dengan Iman.
Dan masukkan ke syurgamu dengan Iman .




Jum dengar ni .

Saturday 16 May 2015

Persiapkan dirimu menjadi wanita solehah

Assalamualaikum . Hai .

Dulu , aku bersekolah di sekolah di Maahad al-tarbiyah al-islamiah di Taiping,Perak . Disekolah aku bertudung labuh bertutup sempurna .berstokin. sempurna ! Tapi semua kerana peraturan . Kalau ikut hati aku tak nak . Bila di luar,aku juga seperti kamu ,bila mana tudung biasa menjadi pilihan .
 Allah . waktu itu Hati ku tertutup .tertutup setutupnya .Waktu itu,aku tak nampak indahnya bertutup aurat dengan sempurna .sungguh! rasa malu diri ini .

Aku tahu peraturan pemakaian dalam islam . Tapi aku buat endah tak endah . Aku belajar ilmu  agama cuma sekadar belajar. aku menghafal,cuma sekadar untuk exam . cuma untuk exam dapat markah tinggi . Cuma itu .ALLAH . tak pernah langsung dalam hati aku nak mendalami mempraktikkan dalam kehidupan seharian aku .Gelagat ku langsung seperti bukan sekolah agama.tudung ku, ku silang .. tak pernah rasa malu!

Tapii,

Hari demi hari , sampai satu saat aku terfikir .ALLAH cinta padaku ,Rasulullah kasih padaku ,sehingga menjadikan aku perhiasan dunia .Aku juga diberi kuasa menjadi bidadari syurga dengan menjadi wanita muslimah. tapiii ,

apa balasan cinta yang ku balas kepada Pencipta ?
apa tanda kasihku kepada Baginda?
Sedangkan syurga yang ku dambakan ,yang ku sangat impikan dan  aku takut neraka.
Kejamnya aku.. Allahu ,
kejamnya tak menghargai setiap saat hidup aku ini.
lalai menjaga syariat islam . lalai .dan lalai .

Disitulah bermula hijrahku ,
aku buat seperti yang aku belajar selama ini. aku bermula sedikit demi sedikit .Aku labuhkan tudung sedikit demi sedikit . Tudung-tudung lama aku, aku sedekahkan untuk orang-orang susah .aku niatkan,semoga pahala dia bertudung ,bagi untuk kita sama-sama .

Aku malu bila bertudung biasa .sehingga suatu hari,aku pergi ke program solat hajat,aku jadi orang terawal .aku duduk di saff hadapan ,aku solat seperti biasa,dan bila habis solat rupanya ramai yang datang.  kawan-kawan aku yang datang ramai bertudung labuh.Aku malu nak buka telekung sebab tudung aku pendek .malam itu,aku balik dengan bertelekung.Aku tak buka pun telekung itu..kawan tanya,kenapa tak bukak telekung? "aku jawab' tak apalah nak pakai telekung aje"  Ya Allah ,malam itu,hati aku sayu .. dalam hati aku,aku berkata-kata sendiri.Aku malu,aku malu .Malu bukan kerana tidak bertudung,tapi malu kerana tudungku tak sempurna menutupi . tapi kenapa aku tak labuhkan tudung aku.Kenapa mawaddah .Kau tahu ,tapi kenapa kau tak buat ,berubahlah mawaddah .

Dari situ,Aku tahu ,Allah telah titipkan sesuatu kepada aku .Ya allah .pimpinlah aku,ingatkan aku jika aku terlupa .Allah hantar orang yang baik-baik dalam hidup aku ,menjadi perantaraan dariMu untuk ingatkan aku .

Tudung labuh yang tersarung di kepalaku bukan pengukur hebatnya diriku.
Aku cuma ingin melindungi auratku dari mata buas sang ajnabi . Aku rasa selamat menjadi wanita yang tidak dipandang . Aku cuma ingin menjaga maruah aku dan keluarga.Maruah agama yang aku cinta ,Agama yang bukan hanya pada kad pengenalan .aku tak mahu kerana aku,abi,adikku,suami ku nanti menjadi mangsa kayu api neraka .

Wahai wanita akhir zaman ,cukuplah menjadi wanita pujaan ramai lelaki,menjadi bahan paparan menarik untuk ditonton .sedangkan akhirnya kau hanya dimiliki oleh seorang suami ,

Wahai wanita perhiasan dunia,
tidakkah kau tahu dirimu sungguh indah ,sungguh mempersonakan .sehingga kau boleh membuat sang ajnabi terleka dan terpegun kerana indahnya dikau sayang .Dipandangan ajnabi kau terlihat sempurna .

Sayang,jagalah auratmu agar terpelihara.Kerana ia mencerminkan dirimu sebagai wanita muslimah.Sayang ,tahukah kamu maruahmu mencerminkan agamamu.Janganlah kau murah sehingga terkadai maruah. Nanti kau sendiri yang merana tak sudah.

Peliharalah auratmu dan berikanlah kepada yang layak.Yang akan memimpinmu sehingga ke syurga .Persiapkanlah dirimu wahai wanita perhiasan dunia untuk menjadi muslimah sebenar .




Thursday 14 May 2015

10 Wasiat Allah .

Assalamualaikum. hai.

Pertama-tamanya saya panjat kesyukuran diberi kesempatan masih diberi pinjaman nyawa ini di Bumi milik Allah.Alhamdulillah .syukur syukur Ya Allah . kerana Izinkan saya mengutip pahala untuk bekalan di akhirat kelak..Allah .

Alhamdulillah,diberi kesempatan dari hari ke hari .. dari minggu ke minggu dan seterusnya hari yang saya lalui untuk saya berubah ,berubah menjadi lebih baik menuju ke jalan yang Allah redhai . Pimpinlah daku.

Alhamdulillah, dalam perjalanan menuju ke arah lebih baik .Allah titipkan keluarga,sahabat,dan dikelilingi orang yang baik baik untuk pegang sekuatnya tangan ini meneruskan perjalanan ini.Allah buka seluas-luasnya hati saya mendekatkan diri untuk Nya.walau kadang-kadang saya terjatuh sehingga rasa tak mampu nak bangun lagi.Allah titipkan kekuatan dalam hati ,sekuatnya untuk bangkit .Allah .semua kerana Allah .Alhamdulillah .Jalan Allah itu indah .seindahnya...cantik perancangannya . Carilah hikmah disebalik kejadian .walaupun kadang - kadang ujian tu terlalu melemahkan kita,terlalu mengecewakan pada awalnya .

Ya Allah,

Alhamdulillah , pagi tadi saya mendapat satu whats'up . Mawaddah,kalau buat tazkirah petang ni lepas asar kat masjid ,awak boleh datang tak? saya jawab"maaf saya kerja ,saya tak dapat hadir . dibalas "kalau macam tu malam ni boleh ,awak bagi tazkirah .

Mulanya,saya fikir berkali-kali,kenapa saya ? ilmu saya belum cukup . nak bagi tazkirah kepada ustazah uztazah yang ilmu lagi tinggi .Saya malu .Mulanya ingin menolak,tapi saya berfikir ke arah positif .Apa salahnya ilmu yang sikit ini dikongsi .Saya diberi kepercayaan .dan saya harus laksanakan . Alhamdulillah mereka memberi  keyakinan pada saya untuk menyampaikan .Sampai bila saya nak menolak ,bila pula harus saya mencuba .Peluang dah ada.

Saya anggap ini dari Allah,ini peluang yang Allah bagi ,ya peluang dari Allah untuk saya .Peluang untuk saya memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Nya. Insyaallah saya manfaatkan sebaik baik mungkin . Malam ni tajuk tazkirah 10 wasiat Allah . Saya tak sabar sangat nak tunggu malam ni .Jumpa nanti ye .

Monday 11 May 2015

redha tak?

Assalamualaikum.Hai.

suatu hari,Ada  seseorang  berkata kepada saya "Kenapa Awak jenis yang redha ye?"cubalah cakap nak kereta lain boleh?''

masa itu saya tak tahu nak cakap macam mana.Bibir  seolah olah  tak nak berkata.cuma senyuman yang terlihat cuma hati yang menjelaskan sebenarnya kita sepatutnya mewujudkan perasaan senang dengan apa yang Allah berikan sama ada ia baik atau buruk.sama ada kita suka atau tidak. Terimalah dan carilah hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Apatah lagi mengenai hal dunia seperti mewahnya kereta,besarnya rumah,gahnya jenama baju.Tapi,ketahuilah Islam juga menggalakkan kita bersederhana dalam semua hal. mengikut kemampuan masing masing.Jika mewah itu kita mampu ,lakukanlah.

Redha ibarat satu pujukan Allah bahawa ini adalah rahmat Allah.
Redhalah dengan usaha sekali  untuk membaiki diri menjadi lebih baik.
Sebab Allah juga suka orang yang berusaha memperbaiki diri.
Agar kita menjadi mukmin yang berjaya didunia seiring dengan Akhirat.


Saturday 9 May 2015

HATI

Allah berikan manusia sekeping 'HATI'..


Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa air mata..


Tapi jangan lupa,hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita..
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu dunia..
Jadi jagalah hati kita sebaiknya..
Supaya kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat redhaNya.. :)

Monday 27 April 2015

Tips kecilkan Pipi

Assalamualaikum.hai

Gadis berpipi tembam memang comel.mihmihmih..nak masuk bilik nyorok ,saya malu la.Okay,. wada nak kongsi tips kecilkan pipi bagi gadis yang memiliki pipi tembam.Dush!!..please tumbuk pipi ni..



Kondisi ini dipicu oleh penumpuan lemak pada area pipi sehingga akan menyebabkan effect tebal atau tembam.see!! lemak weyhh.ni yang nak marah ni.

Pipi tembam, tidak hanya dimiliki orang dengan badan gemuk,tapi terkadang dimiliki oleh orang berbadan kurus atau sesiapa sahaja. mihmihmih..maknanya apa?

hal ini cukup menganggu kerana menimbulkan effect bulat pada wajah anda.Namun kini telah banyak penelitian untuk menemukan cara mengecilkan pipi tembam yang tak salah dicuba.senang saja.tapi sebelum itu,jum kenal pasti wajah korang :)pilihlah..pilih tau mana satu bentuk muka korang..mihmih

korang mana satu.Wada yang round tu kut . :)


Tips kecilkan pipi.
  1. Tepuk pipi 2-3 minit untuk melancarkan pengaliran darah dibahagian pipi.
  2. urut pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam.
  3. rajinkanlah bersenyum.senyum juga kan sedekah.
  4. senaman pipi sebut huruf a-e-i-o-u
  5. banyakkan bersenam.lemak-lemak akan terbakar dengan baik.
  6. amalkan pemakanan yang baik dan sihat.
Pipi sebelah je dah berapa kg..


yeay! pipi dah kecik.ceh..effect kamera je.mihmih.

Warna 2015

Assalamualaikum.Hai.

Tahu tak warna memainkan peranan.Penting jugaklah.Warna yang kita pakai dapat merubah emosi seseorang.hebat bukan? hebat sangat.Rasa macam nak pakai baju warna warni yang ada semua warna. tamak!

cakkk! tadaaaa ..cuba tengok ni.


jom raya nanti kita pilih baju raya colour macam kat atas nak.jom la.please..

sekian, 



Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum .Hai.

Siapa sayang mak abah,umi abi,ibu ayah, sila angkat tangan.'Siapa tak sayang kan.betul tak?

Kedudukan ibu bapa di sisi Allah SWT terletak di tempat yang teratas sekali selepas kedudukan Allah SWT dan Rasul-Nya,yang mana anak-anak perlu merasakan diri mereka kecil dihadapan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan sebab nyata jelas wujudnya seorang anak.Ibu bapa berhak terhadap anak -anak.
Bahkan Allah SWT juga tidak redha terhadap seseorang anak selagi ibu bapa mereka tidak meredhai mereka sepertimana Sabda Nabi SAW:

'keredhaan Tuhan terletak kepada keredhaan kedua dua ibu bapa dan Kemurkaan Tuhan terletak kepada kemurkaan kedua-duanya.'


 kita sebagai anak banyak salahkan.banyak sangat ..kadang kita tak sedar kita telah mengguris perasaan.Dari kata-kata mungkin juga perbuatan kita.Yang kita sengaja mahupun yang tidak disengajakan.. tsskk! umi,wada selalu nangis dalam bilik tau kalau wada buat salah,tak mau tunjuk kat umi.Malu sebagai anak yang selalu buat umi sedih.. Tsskk..mmm.Malu tak dapat buat yang terbaik.sedangkan umi selalu buat yang terbaik..Tsskk!
 please jangan nangis lagi.

Berbuat baik kepada ibu bapa termasuklah berbuat baik dalam bentuk moral dan material..haa..Oleh yang demikian,anak-anak harus memiliki keinginan yang kuat untuk mengurus dan menjaga ibu bapa yang sudah tua dan lemah supaya mereka tidak lagi berasa terabai tanpa kasih sayang daripada mereka.

Manakala kebajikan dari sudut moral pula bermaksud mentaati ibu bapa dalam perkara -perkara kebajikan dan makruf,memuliakan,dan menghormati  mereka,menziarah mereka,berbuat baik,tidak berbicara dan bersikap kasar terhadap mereka,serta menjaga hati dan perasaan mereka.Jangan perasaan kekasih je yang dijaga.

anak-anak dituntut supaya mendoakan ibu bapa agar Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat dan keberkatan kepada mereka.

kewajiban terhadap ibu bapa bukan sahaja semasa mereka hidup didunia,bahkan kematian tidak menghalang kita sebagai anak terus berbakti. 

macam mana nak berbakti selepas kematian?
  1. mendoakan kedua-duanya.
  2. memohon ampun terhadap dosa-dosanya.
  3. melaksanakan janji-janjinya seperti melunaskan hutang.
  4. menghormati teman-teman kedua-duanya.
  5. bersilatur rahim dengan kerabat yang tiada hubungan denganmu melalui orang tuamu.

wallahu'alam bissawab.

Nak tambah sikit je lagi.sikit je.please baca sampai habis..mihmih..ucapan terima kasih kat umi sebab mewariskan kecomelan umi kat wada.

Sekian.









Saturday 25 April 2015

Zaman Seringgit .

Assalamualaikum. hai.

Tiba-tiba teringat dan rindu zaman kanak-kanak.Zaman yang buat aku belajar untuk kehidupan hari ini..

Rindu..dulu naik motor triple dengan adik sekali masa nak pergi sekolah dulu.rinduu.sekarang tak boleh dah cuba aksi ni lagi.tercicir la aku.

Rindu..masa naik motor dengan abi.aku peluk abi.sandar kat belakang..lepas tu tidur bersandarkan abi atas motor.alahai,menyempat lagi.kuat tidur dari kecik ke? .

Rindu..sampai je sekolah.salam abi..buat muka comel salam abi,mintak duit belanja..

Rindu pesanan abi setiap hari.belajar rajin-rajin..sambil usap kepala aku.sampai sekarang pesanan itu tak pernah lupa.. ersskk.nak nangis dalam bilik lah macam ni..

rindu duit seringgit untuk belanja sekolah..duit seringgit aku boleh beli apa sahaja.aku boleh makan dengan kenyang kat sekolah. macam-macam aku beli tau.kuat makan sejak dulu... ersskkk.rinduu.masa rehat selalu beli air sirap , nasi lemak,kadang-kadang beli kuah tom yam ,last mesti beli keropok lekor ke tapau bawa masuk kelas.. erhh.comel sungguh  aku dulu.

paling comel.keropok lekor masuk poket..alahai nak makan dalam kelas niatnya.nakal!mohon ada anak nanti jangan tiru aksi ini. mihmih.

sampai sekarang ingat lagi.Ada satu soalan peperiksaan tanya "Sikit-sikit ,lama-lama jadi apa? Aku jawab sikit-sikit ,lama-lama jadi PARIT .parit oii aku jawab. kreatif ke pemikiran ini?.. alahai.kemetotnya fikiran.. mohon nanti anak aku cerdik lah macam ayah dia.cehh! tutup muka lee,calon tak ada oiii. berangan..mihmih.

rindu.Tsskkkk :(

dalam kelas...
Bising sungguh aku..suka tanya benda entah pape kat cikgu.mengada..nak amik perhatian cikgu..sebab nanti cikgu sayang.. mihmih

balik sekolah..
masuk rumah kejap,letak beg.tak tukar baju lagi..dah lari keluar .main! main panjat pokok pulak tu..habis baju sekolah kena getah pokok.. balik rumah telinga kena piaat lagi dengan umi..
erskk.rinduu.

kalau peperiksaan.
aku paling takut kalau markah tak okay..takut kena rotan.setiap kali abi rotan..aku mesti cakap..wada janji tak buat lagi..wada janji tak main masa aje belajar.sambil nangis kuat-kuat.. tsskk :( Abi terima kasih rotan wada dulu..sebab ajar wada sedar betapa pentingnya ilmu.ajar wada erti janji tak buat lagi tu..janji tak main-main masa belajar.ajar wada buat keputusan..tsskkkk..nak lari masuk bilik nangis lah macam ni. rindu =_= 


umi abi.terima kasih besarkan wada ye ..terima kasih ajar wada erti dengan kehidupan .
Akan datang tak rasa dah zaman ni.sekali seumur hidup. Rindu.

Terima kasih.


gambar darjah satu ni..mihmihmih


CARA MEMILIH ISTERI YANG BAIK MENURUT ISLAM.

Assalamualaikum.hai.


Kriteria wanita dan isteri solehah amat penting dalam kehidupan bekeluarga.Hal itu,kerana isteri solehah bakal menjamin kerukunan dan kebahagian sesebuah rumahtangga yang dibina.Sebab isteri inilah yang akan mendidik anak-anak.didikan pertama kan bermula dari rumah.Bermula dari ibu dan ayah. kan?

Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikannya,kelak kecantikannya itu yang akan membinasakan.Janganlah kamu kahwini kerana hartanya kerana hartanya boleh jadi kederhakaan.sebaliknya kahwinilah wanita beragama.

untuk itu,aspek keagamaan adalah hala tuju sesebuah rumahtangga.Ini kerana,dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya,dia pasti taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.



isteri solehah jugak,mesti bersifat amanah terhadap harta benda suaminya,disamping menjaga maruahnya.

isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya.disamping menjadi keredaannya pada setiap masa.

berbekalkan agamanya akan diwarisi segalan ilmunya kepada anaknya agar mereka kelak  menjadi anak yang soleh solehah dan taat,bukan sahaja kepada ibu bapa.bahkan taat kepada Allah.

ciri-cirinya ialah :


  1. Beragama.memiliki pendidikan agama serta berakhlak mulia.
  2. Terhormat dan Mulia.iaitu menjaga kehormatan dirinya.
  3. Penyayang dan sihat.Wanita penyayang mampu memberi kasih sayang kepada suami dan anak.
  4. utamakan gadis. Memilih kalangan kalangan Dara atau masih belum berkahwin.
  5. utamakan bukan kerabat.iaitu orang luar dari kekerabatan.


sape nak kahwin.sila angkat tangan.Tundukkan muka. :)
Insyaallah jodoh kita ada.Tapi tahu tak,kita boleh memilih jodoh itu..Orang kata..tak pe,jodoh belum datang.tapi sebenarnya kita kena cari... Ustaz wada yang kata :) Wallahu’alam bissawab 




Wednesday 22 April 2015

Kulit flawless dengan BB doll Foundation ST

Assalamualaikum.hai.

Kalau nak tahu  BB doll Foundation ST sangat best.tekstur dia sangat lembut.Rasa macam tak pakai apa-apa tau.Rasa macam pipi melayang je.Wada pun baru sebulan mencuba.Tapi dah nak habis sebulan ,tak habis lagi.jimat tau.Alhamdulillah selama penggunaan BB doll foundation ST ni,wada tak pakai bedak dah.Muka pun nampak neutral je.tu paling suka.suka sangat..

rasa macam nak makan je..

Lagi best,muka kita tak nampak kusam,lapok..banyak foundation kadang berminyak.Kadang buat muka kita jadi berat..rimas.tapi yang ni tak tau..tak!tak!.. kalau selfie nofilter pun okay je.confident je..

Kalau jenis wada yang tak suka make up tebal.Wada cuma tepek BB doll Foundation ST ni.. nipis..nampak nipis! nampak neutral je.Sumpah tak tipu.best sangat.Dah timbul rasa confident tau..Wada boleh pergi kemana je,kenduri ke,shopping ke, mana-mana je.boleh je.sebab rasa yakin sangat.muka smooth sangat..rasa macam nak gigit pipi sendiri.

selfie beratus kali pun ,nofilter pun okay je.

BB cream ni ada tiga jenis.
too cute   : yang ni untuk yang kulit putih.
too pretty :yang ni untuk kulit sederhana macam kuning langsat tuu.
too sweet :yang ni untuk kulit gelap.

harga dia RM38++ .Korang kalau nak boleh beli kat Watsons atau kat Toko Sendayu Tinggi tu terus.















Tuesday 21 April 2015

Tip elak jadi pelupa.

Assalamualaikum.hai.

as a student kita kena ingat banyak benda.Tapi hakikatnya bukan pelajar saja,tapi boleh dikira semua orang..Memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengingat banyak benda.Dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara.

Dari sepenting perkara sehingga ke remeh perkara.Kenapa cakap macam tu pulak?sebab mungkin ada benda kita rasa penting bagi kita tapi tidak bagi orang. ada benda kita rasa remeh,tapi penting bagi orang. dan sebaliknya atau lain-lain.

kadang-kadang benda senang pun kita lupa nak buat.benda penting pun terlupa.macam mana?

tips elak jadi pelupa.

  • Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
  • Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap kira macam jangan masuk mulut terus segenggam.
  • Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
  • Tidur awal bangun awal.untuk rehatkan minda.
  • Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam. tapi wada suka.
  • Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
  • Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut.
  •  Elakkan lihat kemaluan dan najis.
  • Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
  • Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.
Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya..

saya nak lanje satu gambar :)




cakk..selamat ,mencuba.
 

Monday 20 April 2015

Asus Zenfone 5

Assalamualaikum.hai
Tetiba nak throwback zaman dulu.henfon pertama korang? start bila korang guna henfon?
Teringat lagi,I start guna henfon masa umur form 1. Time tu henfon tekan-tekan je.Dulu pakai henfon tekan-tekan pun okay je.sebab rasa cukup la ,Masa tu Cuma rasa nak call dan mesej tu je.rasa cukup laaa as a student..pakai la henfon tu sampai form 5.Kawan-kawan dah start tukar fon touch2. Tapi I masih setia ..mihmih. tapi tu duluuu.

I simpan lagi tau.


Masa tu rasa okay lagi sebab tak terdedah sangat dengan media social..sekarang macam-macam.Facebook,instagram dan lain-lain.I pun tak tertinggal okay. Mihmihmih.

Tapi yang bagusnya henfon tekan2 tu.kalau terbaling  henfon tu tak rosak.acehhh tebaling ke,frust dengan boyprendd .i like!suka sangat.tapi kenapa?


tapi sekarang rasa sayang je baling-baling.Sebab rasa susahnya nak cari duit..Rasa nak tunggu gaji setiap bulan.Rasa penat duduk mengadap computer.Rasa penat otak buat kerja.rasa la.rasa macam mana nak buat kertas kerja menimbun.rasanya macam tengah buat kerja khusus masa kat STPM .bila dapat gaji,I beli fon baru..sayang oii.sebab duit hasil titik peluh sendiri.rasa macam mana masuk kerja pukul 8 balik 4.30. terkorban masa tidur I sampai pukul 9pagi dan.sebab rasa penatnya bekerja.rasanya 4tahun lagi kut baru tukar.

asus zenfone 5 je yang mampu.mihmih



Thursday 9 April 2015

PERSEDIAAN AWAL

Assalamualaikum . Hi,

Pernah tak alami benda ni. Contohnya korang ada test ujian komputer KPP .  tarikh dia korang pilih sebulan dari hari selepas pendaftaran. Tapi,korang tunda,tunda,tunda nak baca buku tu..padahal korang sedar yang sebulan tu tak la lama mana pun..korang tahu yang masa tu berjalan pantas.. tapi masih tak sedar-sedar,,

pujuk diri konon.. Takpe esok ada..esok..esok lagi..esok ada!!! sampai tak sedar yang seminggu lagi nak exam. Lepas tu baru sedar nak baca buku..Baru gigih baca buku siang malam.. lepas tu orang puji rajinnya..tapi,sebenarnya dah kalut.

Sampai tahap bila nak membaca korang tak nak dengar satu suara pun.sebab nak fokus.. tapi hakikatnya takut..tarikh semakin dekat.

tak ke tu stress namanya tu??

kan.. dalam hati..kenapa tak buat persediaan awal!! hang bukan ada anak pun..yang macam busy  macam jaga anak 10 orang  kenapa!!!!!!!!!!!

mulalah study sampai tidur 2 3 pagi.. apa pasal ??

okay.. nasihat:


  1. Buat persediaan awal apa jua benda..apa jua..ingat tu! 
  2. jangan tunggu esok.esok..sebab tak tahu esok ada halangan apa.
  3. Dapat tugas,atau apa2..terus buat!! jangan tunggu..jangan tangguh.








Giveaway 2015,Jubah,Dress,Leggings Oleh Norzi Beautilicious House.


Assalamualaikum.Hi,

Mesti korang suka kan dengan Baju yang cantik-cantik.Mesti rambang mata kan nak pilih.sebab macam-macam corak,jenis..macam macamlah.Mesti rasa nak beli semua kan.Tapi,mesti rasa nanti lari bajet kan.heheh..haa.. kat Norzi Beautilicious ada menjual pelbagai jenis baju.pelbagai pilihan.juling mata tau kalau korang nengok.. 

Okay sekarang ni Norzi Beautilicious menjemput kita semua menyertai Giveaway 2015,Jubah,Dress,Leggings Oleh Norzi Beautilicious House. Jom try.Mana tahu rezeki kan..mana tahu baju yang kita dah cop-cop tu tapi tak terbeli DAPAT PULAK.hihi..mana tahu.Alhamdulillah..rezeki saya ke..hihi..rezeki korang ke.




1. farah.
2. Shera