Saturday 30 May 2015

Kesedaran Diri Sendiri .

Assalamualaikum .Hai,

Nak kata anak manja tu sebenarnya tak pun ,Selalu juga kena cubit-cubit . Nak kata tak kenal bawang tu , kenal lah .Nak kata tak tahu mana satu  peralatan memasak . ish ,tahu juga .

Nak kata anak dara pemalas masuk dapur tu, tidak jugak .Sebab kita rajin masuk dapur cari makanan . hihi . tak lah ,kite  teman umi masak,tengok umi masak .. hihi . Pergi dapur , gesel2 badan kat umi, "umi nak masak apa tu",ishh sedapnya . Tapi,tak masak pun . Alasan paling best untuk mengelak dari memasak ,"umi,adah nak buat homework ye" ? hah,buatlah . Kite pun buatlah homework sampai umi siap masak .Nampak tak disitu? hihihi

Tapi, makin lama , kite tengok ramai pulak  kawan-kawan yang dah  pandai masak , uishh jealous ! jealous !
diorang siap bawa bekal pergi sekolah duluu . lepas tu makan sama-sama .Semua pakat puji ."eh,sedaplah.Siapa masak ni? " kawan pun menjawab sambil tersipu-sipu malu , "sayalah yang masak " dan setiap hari bertukarlah resepi baru . Sedap pulak tu .Dan dipujilah kawan tu dari hari ke hari sampai kembang.

Mawaddah pun tak nak kalah tau . kite pun mulalah belajar masak senyap-senyap .Belajar sikit - sikit . Masak benda yang senang-senang dulu . Bila dah tahu basic ,semua kita dah boleh masak . Dan akhirnya sekarang, Saya dah pandai masak tau . hahaha .. Dan hobi sekarang ,kita suka masak ,dan suka tengok orang makan dengan kesungguhan dengan riak muka macam perghhh sedap,sedaappp !!

Sebenarnya , semua itu datangnya dari diri wada sendiri . Sebab rasa tak lengkap jadi seorang perempuan tanpa kebolehan memasak .Rasa kurang sesuatu . Lagipun,perempuan ni kan memang dah sinonim dengan aktiviti memasak .Sampai bila nak mengharap air tangan umi aje.Memasak ni memerlukan kemahiran , minat dan dipraktikkan hari demi hari .Lama-lama korang pandai.percayalah . :)

Jangan risau kalau masakan pertama korang seperti rasa garam tertumpah atau hitam macam arang .Yee, wada tahu , mula -mula nak belajar memasak , mesti macam kelam kabut sikit , rasa gelabah . rasa ehh ehh ehh .Gaya macam nak bersilat je .padahal masak je pun . jangan risau , kita kan belajar  kena belajar dari kesilapan .Perbaiki diri dari hari ke hari   :)

Mestilah punya ,masa mula-mula nak masak tu,korang akan cakap kite tak tahu nak masak apa =_=
so,banyakkan minta resepi dari mak korang,banyakkan bertanya  , Wada tahu , mak mak kita win lah bab memasak ni ,kan kan .Pejam mata ,dah siapp ! Ceh. hebatnya cerita .

Tapi, korang jangan lupa juga jaga keselamatan juga . Manalah tahu , sambil potong bawang tu , terberangan pulak . Kang kang ,terhiris pulak jari tu . Apa-apa pun ,amalkan langkah keselamatan .tau !

sekian .











No comments:

Post a Comment