Saturday 16 May 2015

Persiapkan dirimu menjadi wanita solehah

Assalamualaikum . Hai .

Dulu , aku bersekolah di sekolah di Maahad al-tarbiyah al-islamiah di Taiping,Perak . Disekolah aku bertudung labuh bertutup sempurna .berstokin. sempurna ! Tapi semua kerana peraturan . Kalau ikut hati aku tak nak . Bila di luar,aku juga seperti kamu ,bila mana tudung biasa menjadi pilihan .
 Allah . waktu itu Hati ku tertutup .tertutup setutupnya .Waktu itu,aku tak nampak indahnya bertutup aurat dengan sempurna .sungguh! rasa malu diri ini .

Aku tahu peraturan pemakaian dalam islam . Tapi aku buat endah tak endah . Aku belajar ilmu  agama cuma sekadar belajar. aku menghafal,cuma sekadar untuk exam . cuma untuk exam dapat markah tinggi . Cuma itu .ALLAH . tak pernah langsung dalam hati aku nak mendalami mempraktikkan dalam kehidupan seharian aku .Gelagat ku langsung seperti bukan sekolah agama.tudung ku, ku silang .. tak pernah rasa malu!

Tapii,

Hari demi hari , sampai satu saat aku terfikir .ALLAH cinta padaku ,Rasulullah kasih padaku ,sehingga menjadikan aku perhiasan dunia .Aku juga diberi kuasa menjadi bidadari syurga dengan menjadi wanita muslimah. tapiii ,

apa balasan cinta yang ku balas kepada Pencipta ?
apa tanda kasihku kepada Baginda?
Sedangkan syurga yang ku dambakan ,yang ku sangat impikan dan  aku takut neraka.
Kejamnya aku.. Allahu ,
kejamnya tak menghargai setiap saat hidup aku ini.
lalai menjaga syariat islam . lalai .dan lalai .

Disitulah bermula hijrahku ,
aku buat seperti yang aku belajar selama ini. aku bermula sedikit demi sedikit .Aku labuhkan tudung sedikit demi sedikit . Tudung-tudung lama aku, aku sedekahkan untuk orang-orang susah .aku niatkan,semoga pahala dia bertudung ,bagi untuk kita sama-sama .

Aku malu bila bertudung biasa .sehingga suatu hari,aku pergi ke program solat hajat,aku jadi orang terawal .aku duduk di saff hadapan ,aku solat seperti biasa,dan bila habis solat rupanya ramai yang datang.  kawan-kawan aku yang datang ramai bertudung labuh.Aku malu nak buka telekung sebab tudung aku pendek .malam itu,aku balik dengan bertelekung.Aku tak buka pun telekung itu..kawan tanya,kenapa tak bukak telekung? "aku jawab' tak apalah nak pakai telekung aje"  Ya Allah ,malam itu,hati aku sayu .. dalam hati aku,aku berkata-kata sendiri.Aku malu,aku malu .Malu bukan kerana tidak bertudung,tapi malu kerana tudungku tak sempurna menutupi . tapi kenapa aku tak labuhkan tudung aku.Kenapa mawaddah .Kau tahu ,tapi kenapa kau tak buat ,berubahlah mawaddah .

Dari situ,Aku tahu ,Allah telah titipkan sesuatu kepada aku .Ya allah .pimpinlah aku,ingatkan aku jika aku terlupa .Allah hantar orang yang baik-baik dalam hidup aku ,menjadi perantaraan dariMu untuk ingatkan aku .

Tudung labuh yang tersarung di kepalaku bukan pengukur hebatnya diriku.
Aku cuma ingin melindungi auratku dari mata buas sang ajnabi . Aku rasa selamat menjadi wanita yang tidak dipandang . Aku cuma ingin menjaga maruah aku dan keluarga.Maruah agama yang aku cinta ,Agama yang bukan hanya pada kad pengenalan .aku tak mahu kerana aku,abi,adikku,suami ku nanti menjadi mangsa kayu api neraka .

Wahai wanita akhir zaman ,cukuplah menjadi wanita pujaan ramai lelaki,menjadi bahan paparan menarik untuk ditonton .sedangkan akhirnya kau hanya dimiliki oleh seorang suami ,

Wahai wanita perhiasan dunia,
tidakkah kau tahu dirimu sungguh indah ,sungguh mempersonakan .sehingga kau boleh membuat sang ajnabi terleka dan terpegun kerana indahnya dikau sayang .Dipandangan ajnabi kau terlihat sempurna .

Sayang,jagalah auratmu agar terpelihara.Kerana ia mencerminkan dirimu sebagai wanita muslimah.Sayang ,tahukah kamu maruahmu mencerminkan agamamu.Janganlah kau murah sehingga terkadai maruah. Nanti kau sendiri yang merana tak sudah.

Peliharalah auratmu dan berikanlah kepada yang layak.Yang akan memimpinmu sehingga ke syurga .Persiapkanlah dirimu wahai wanita perhiasan dunia untuk menjadi muslimah sebenar .




1 comment:

  1. salam..indah tulisan ni..alhamdulilllah tahniah baut saudari..saya masih mencari kekuatan itu. in shaa Allah semoga syurga buat kita

    ReplyDelete