Tuesday 9 December 2014

coret coret



Rasanya dah lama rasanya tak update apa-apa entry.firstly,Alhamdulillah,sebenarnya wada dah Berjaya tamatkan STPM .opss!dah habiss..okay okay okay,tunggu dulu,tiba-tiba teringat pulak pesan teacher,jangan nak freedom sangat okay.tunggu result keluar dulu baru boleh freedom,freedomlah  kalau dapat result gempak.sebab apa?korang akan menjadi bakal –bakal pemegang ijazah kalau nak sambung belajar lagi la..nak ke tak? Wada nak ! nak sangat..nak sangat...dah dok berangan-berangan tau.EXCITED sangat. Lagipun,sebab ustaz pesan ,perempuan zaman sekarang korang kena ada satu pegangan.(ILMU).bukan perempuan aje,lelaki pun sama.

aha! result STPM 13/14 keluar bulan 3 tahun depan okay. Hehe. Dupdap..dupdap..berdebar ke Mawaddah? Ehehe,sekarang ni belum rasa lagi debarannya.macam lambat lagi je.eh? siapa kata..tak lama lagi dah.sekejap lagi tau..sebab masa itu berlalu terlalu pntas.Lagi seminggu nak ambil result,baru la rasa nak gementar tak tentu hala..ngehngeh.

Pesan dari ustazah pulak,wada dah buat sehabis baik! Sekarang ni,Cuma banyak-banyak berdoa.mana la tahu,tiba-tiba berlaku satu keajaiban yang tidak disangka-sangkakan akan berlaku.Masyaallah,rancangan Allah itu indah dan ada hikmah disebaliknya.kan?

Korang,korang.. sahabat-sahabat semua,doakan kejayaan untuk mawaddah ye.
 Terima kasih .terima kasih sudi baca.


Thursday 27 November 2014

Just for you

Bermula kata Bismilahirahmanirahim,
Farah Wahidah binti Wahid.,


Bila kau baca ini,bermakna kita dah jauh,
mata kita tak bertemu,
suara tak lagi kedengaran.
gelak tawa cuma khayalan menyapa.

farah,
ikhlas dari hati terima kasih untuk segalanya,
aku gembira sangat dapat bertemu sahabat yang sebaik ini,
sahabat yang Allah hadirkan seketika untuk aku.
terima kasih sabar dengan perangai aku yang tak menentu..
sabar dengan rajuk aku,
gelagat aku,
perangai aku,
sabar segala-galanya tentang aku.
kadang-kadang aku tahu,kau sakit hati,
minta maaf .maaf dari hati,
farah,
aku tak pandai untuk berkata jujur bila kau ada kat depan aku,
tapi aku sayang kau.
sebab tu sepanjang kita berkawan,
kalau aku buat salah,aku bagi surat kat kau.
sampai kau kata,haish surat...dari sapa lagi kalau bukan aku..

Farah,
aku rindu kau..
sebab kau adalah orang yang pernah jadi kekuatan untuk aku,
susah senang sama-sama.
kita banyak buat benda sama-sama.
kita makan sama-sama,
kita basuh baju sama-sama,
pergi sekolah sama-sama,
kita kongsi cerita sama-sama.
kita  study sama-sama.
kita sedih sama-sama.

farah,
masa aku terasa kekosongan tanpa kau.
gembira yang aku rasa terasa separuh untuk kau.

farah,
aku nak jadi kawan yang terbaik untuk kau :(
aku nak jadi sahabat susah senang kau.

farah,,
ingat tak card birthday yang kau bagi aku tuu...
kau kata kau .....

aku nak kata kat kau,
tapi aku tak terkata,

farah,

aku pun nak kau jadi sahabat aku selamanya,
yang rapat,yang selalu dengan aku.
aku nak jaga persahabatan kita..
nak jadi sahabat yang menghiburkan kau,
yang dapat senangkan hati kau,
setia menjadi kawan kau..

tapi,
bila aku tengok kau boleh gembira tanpa aku,
aku lupakan perasaan aku,

aku diamkan mulut aku dari kata-kata yang jujur.
dan aku biarkan kegembiraan lain yang datang untuk aku.

dan pengakhirannya,itu lah rasa aku.. :(




Monday 20 October 2014

Bersyukur dan Bersabar

Bersyukur dan bersabar
Maksudnya:Daripada’ Amru Ibn Syu’aib ,daripada datuknya Abdullah Ibn ‘Amru,katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Ada dua sifat yang jika terdapat pada diri seseorang,nescaya Allah mencatatnya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sebaliknya,sesiapa pada dirinya tidak dapat dua sifat tersebut, Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan bukan orang bersabar,iaitu;Sesiapa yang melihat dalam perkara agama kepada kedudukan orang yang lebih tinggi daripadanya,lalu dia mencontohi orang tersebut.Sedangkan dalam perkara dunia dia malihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya,sehingga dia memuji Allah atas kurnia yang dengannya Allah melebihkan dia daripada orang lain,nescaya Allah mencatat dirinya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sesiapa yang melihat dalam perkara agama kepada kedudukan orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam perkara dunia dia melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadanya sehingga dia sedih atas nikmat yang dia tidak perolehi,nescaya Allah tidak akan mencatat dirinya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.         (Al-tarmizi,sifah al-qiyamah,2449)

Bersyukur apa adanya…syukur?syukur ke kite masa ni??
Tepuk dada ,tanya hati sayang.
Macam mana nak bersyukur? Kita ni bersyukur tak?
Agak-agak…?
Kadang hati..ada aje yang bicara sendiri..nampakkkkk..

Eh,cantiknya dia..!eh,hensemnye dia!kayanye!!untungggg!besaqnye rumah dia.!besaq gila kereta dia,mewah gitu!untunglahh!

Sayang…kenapa nak cakap macam tu? Sayang..tau tak saat hati bicara macam tuu,
Membuka ruang untuk kita tidak bersyukur..

Janganlah macam tu sayang.. katalah Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,untuk takdir hidupku..
Sayang tahu tak….

Berkaitan hal agama dan ibadat,kite ni kena perhatikan orang yang lebih tinggi untuk meniru dan ikut dia.bila kita ni tengok orang yang lebih baik,kita akan berlumba-lumba untuk buat ibadat,amal soleh.

Macam contoh ni..

Kita duduk kat surau..sama macam dia..kita dok bersembang,usik kawan..sementara nak tunggu azan,kita tengok orang tu..dok khusyuk baca yasin,tak cukup lagi,dia baca al-mathurat,tak cukup lagi,dia baca quran..jeles kan!..ishh!tak boleh jadi ni..kite kene buat jugak macam tuuuuuu….

Tak salah jeles kepada benda yang betul.

Sesiapa yang menganggap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sedikit dan tidak berharga,dia bukan termasuk hamba Allah yang pandai bersyukur dan bersabar.





3 jenis nafsu

Minggu lepas,wada exam syariah,tapi tak dapat full mark soalan ini.Jadi nak share sikit,dan sama-sama kita boleh manfaatkan sedikit ilmu.agar bertambah pengetahuan.Insyaallah.

Jenis nafsu secara umumnya ada tiga kategori utama.iaitu nafsu amarah,lawamah dan nafsu mutmainah.

NAFSU AMARAH

Nafsu amarah adalah kelakuan hati yang menerbitkan perangai yang mengadungi sifat negatif.Manusia yang mempunyai nafsu amarah ini kebiasaannya mempunyai sifat yang dikeji oleh Allah seperti dengki,khianat,mengikut hati dan lain lain lagi.Sebagaimana Firman Allah:

Terjemahan: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.
(Surah Yusuf 12:53)

orang yang dikuasai nafsu ini juga tidak tahan diuji ,bertindak mengikut hawa nafsu,fikiran dan hasutan syaitan.Mereka diperingkat ini akan mengingati Allah ketika susah dan melupai-Nya ketika senang.Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan;Dan apabila kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur)dan aapabila ia ditimpa kesusahan,maka ia berdoa-merayu dengan panjang lebar.
(Surah al fussilat 41:51)

oleh itu,kita mestilah menyucikan diri dari sifat-sifat mazmumah supaya lahir sifat-sifat murni.


NAFSU LAWAMAH

Nafsu ini nafsu yang mulai mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya sendiri.Peringkat nafsu ini,manusia dapat menguasai perasaan yang mencegah melakukan kesalahan,kezaliman dan apa sahaja yang ditegah oleh syarak.Perasaan ini lahir dari dalam sudut hatinya setiap kali melakukan sesuatu dosa atau kesalahan.

Bisikan dalam hati inilah yang dinamakan lawamah.Dimana mereka sering menyesali di atas sikap zalim  pernah dilakukan.Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan: Dan aku bersumpah dengan 'An-Nafsul-lawammah'(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)
(Surah al qiyamah 75:2)

Namun begitu,kiranya dia tidak mematuhi isyarat lawamah yang memancarkan di hatinya,lama-kelamaan isyarat ini akan malap dan padam.Justeru,dia kembali di tahap nafsu amarah.Hati yang berbolak balik disebabkan nafsunya yang berubah-ubah.


NAFSU MUTMAINAH

Nafsu ini merupakan jiwa yang tenang dan tenteram.ia adalah nafsu yang sempurna yang berada dalam kebenaran dan kebajikan.ia merupakan nafsu yang dirahmati oleh Allah,Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan;(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!-kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati(dengan segala nikmat yang engkau berpuas hati (Dengan segala nikmat yang diberikan),lagi diredhai (Disisi Tuhanmu)!
(Surah al-fajr 89:27 dan 28)

Antara lain,jiwa mutmainah merasakan ketenangan hidup yang hakiki dan tidak ada perasaan yang gelisah.Tidak lagi perbezaan senang dengan susah,kerana baginya sama sahaja.Antara sifat-sifat peringkat ini ialah Takwa,syukur,tawakal,kuat beribadat serta redha dengan ketentuanNya.

Thursday 28 August 2014

:( Surat buat farah

farah wahidah binti wahid... saya Nur mawaddah Tukimin ingin meminta maaf kerana tidak sengaja terlukakan awak dengan kuku saya... :(

reply from farah : eeee,gedik.sakit la ngek..tak pe tak pe..sikit je..aku hidup lagi la oi! potong kuku la ..hihi

reply from me :sape suruh semalam main2,aku nak pinjam kepit kuku,dia pergi bagi stapler."nah ,potong gune ni"hihi.

reply from farah:eeee,main2 ye ko,kat atas boleh amik la..nanti potong sepuas-puasnya,sampai tak ade kuku pun tak ape ..hihi

Thursday 21 August 2014

nothing

adakala kenangan terlalu pahit untuk dikenang,
adakala ia terlalu manis,hingga aku merasa ingin mengulangi saat itu lagi.

Sunday 13 July 2014

PrayForGaza

Tercalar pelangi,
dihiris gerimis,
senja pon merangkak menutup mentari,
terbias warnanya ke wajah.
lagu kedamaian tiada kedengaran,
bumi yang merekah
disirami darah,
kemelut melanda tiada kesudahan,
kemusnahan bermaharajalela,
yang lemah menjadi mangsa.

anak-anak kecil menggongcangkan ibunya,
yang lemah longlai,
tak lagi bernyawa,
jeritan suara batinnya..
tak siapa mendengarnya.

tergadaikah maruah,
oleh janji-janji.
terbayarkan dengan nyawa dan darah,
soalan yang tiada jawapan,
kemanusiaan telah lama hilang,
kini yang tinggal,
hanya ketakutan,
musnah kasih sayang dan persaudaraan,
tandus akhlak dan keimanan,
menyemai persengketaan.


Friday 11 July 2014

SAD

Bismilahirahmanirahim..

Bermula kata..dari hati..sejauh dilubuknya ,paling dalam,sedalamnya
,hingga terkadang tak termampu aku nak ungkap dengan kata-kata..
kerana apa yang ku rasa lebih dari kata 
Kadang-kadang apa yang kita rasa betul..tak semua orang akan kata begitu 
Kadang-kadang kita rasa selesa dengan tindakan kita,tapi…tak semua orang rasa selesa.
Kadang-kadang,kita rasa bahagia dan nak orang tahu kita sedang bahagia..tapi.,tak semua orang bahagia dengan kebahagiaan kita.
Kadang-kadang benda yang tak terlintas di fikiran kita,itulah yang orang lain fikirkan.
Kadang-kadang kita tak rasa kita salah,tapi orang kata salah..
Kadang-kadang,kita gembira..tapi,orang tak suke tengok kita gembira..
Kadang-kadang.. 
Dan terkadang aku terfikir..mengapakah?
Okay..aku tahu..setiap orang itu berbeza..beza dengan kita..beza dalam mentafsir sesuatu,beza dalam menilai sesuatu..beza dari segalanya..
Tapi..dan ku tahu juga…
Aku bukan cermin yang dapat melihat diri sendiri..
Dan terkadang aku juga tidak tahu dimana salah aku…


shhh


Biar mata tidak bertemu,
biar doa yang menyatu :)

Sunday 6 July 2014

pssssssssss

Cepatlah habis !
lagi 4 bulan.
tapi aku nak habiskan STPM ni dengan jayanya.
dan tak mau sia-sia.
please pray for me.
aku nak ia,ada hasil..
hasil dari segala yang aku korbankan..
hasil dari yang aku usahakan..
Ya Allah,..kabulkanlah doa hambaMu ini.
berilah kejayaan untukku. :)

Okay,hari ni..balik asrama kembali..
asrama tunggu aku datang!!
hehe,,..first time cakap macam ni..
haha.. :)
by the way,wish luck for me..
assalamualaikum..

Saturday 5 July 2014

Hidup ini

Lumrah..
jalan cerita hidup kita yang sukar dijangka..
dan kadang-kadang..yang berada di luar kotak fikiran,
yang tidak terlintas langsung,
itulah yang terjadi.
itulah hidup kita..
terkadang apa yang kita nak,kita tak dapat..
tapi tahu tak?
Allah tak bagi apa yang kita nak,
sebab?
Allah bagi apa yang kita perlu..
kadang-kadang apa yang kita nak,ia tak perlu,
kita mengeluh?
jangan!
belajarlah untuk bersyukur.
belajar dan terus belajar..
kerana diri kita serba kekurangan,diri saya juga tidak sempurna.

Orang selalu kata..
Kita hanya merancang,Allah yang tentukan.
betul!
jangan marah bila kita dah cantik merancang,
kita rasa cantik rancangan kita.
Ok perfect!
oh!itu kata kita..
tapi , rancang-rancang tapi tak jadi,tak tertunai..
tahukah??
Rancangan Allah lagi cantik aturannya..
Rancangan Allah,.sebab Allah Tahu apa yang terbaik untuk kita.
jadi??
terima lah..buka hati untuk menerima jalan hidup..
susah nak terima,?
rasa marah?
kenapa macam ni??
aku tak nak macam ni?
shuuttt..pegang dada..
lihat tangan..
renung...Allah jadikan kita,dari tanah..
pernah terlintas tak?
tak... :(
senyum..
ringankan bibir ukir senyuman,
lapangkan hati menerima..
banyakkan istighfar..
diam adalah lebih baik,
kerana?
kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap,
kadang kita tak fikir pun apa yang kita cakap.,
kadang?
Adakah kata-kata yang boleh datangkan dosa..
pon boleh..tau..
berhati-hati dalam berbicara,
indahkan bahasa,supaya ia indah untuk didengar.
:)



:0

Langit tak selalu cerah..
tapi farah kata..dia percaya akan muncul matahari,setelah kelam :)
dan aku percaya akan terbit sinar bahagia..

Tadi farah chat aku..
betul,ingatkan farah..
tetibe..
"Assalamualaikum wardah,ni ikhwan..tolong tengok-tengokkan farah ye."
aku kata.."insyaallah"
see!.. prihatin nye la si kekasih hati kawan aku ni..
tu jaa nak cite..


Friday 4 July 2014

rindu :)

Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa :(
pantas masa berlalu,
meninggalkan kita semua,
tanpa disedari,bertambahlah usia kita.
potret lama,masih ku simpan.
ku bingkai kan kenangan.
hingga terkadang ku tersenyum sendirian.



perjalanan kita masih jauh.
jalanan berliku bakal kita tempuh.
di masalah kenangan semalam,
jadi azimat penguat semangat.
menempuh masa hadapan.
harapanku,kau kan bahagia selalu :)

padaku engkau menghibur duka,
pengubat hati resah kecewa.
dikala malamku kau bawa cahaya.
antara kita tiada rahsia,
susah dan senang tetap bersama.
terpateri namamu kau tak kan ku lupa :)


:(

Ku mengharap kenangan indah semalam berulang kembali.
Ku mengharap kata-kata janji kita,tertunai.
Ku mengharap kau jangan pernah berubah,
Ku mengharap kata-kata yang kau kata"kita keluarga bahagia"
bukan sekadar dibibir,.
Tapi,kau berjaya buktikan..kata2 itu memang sekadar dibibir..
sayangnya :(
kau hilangkan kepercayaan yang aku beri,
kau berjaya hilangkan ia sedikit demi sedikit .
hingga hati aku tiada rasa apa2.
tiada apa.. :(
kosong..tiada rasa :(
kau berjaya kawan,
kau berjaya lukakan hati aku.
Kau berjaya jadikan ia luka yang paling dalam..
Tapi ketahuilah,aku maafkan kamu..dan aku juga minta maaf.


Walau ape pun,aku masih merindui kenangan kita,
yee,aku tahu bertemu berpisah kerana ALLAH.
8/5/2013 kita semua berjumpa,dan pengakhirannya???


Friday 13 June 2014

Doa seorang kekasih

Oh Tuhan.
Seandainya telah Kau catatkan,
dia milikku,tercipta untuk diriku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kebahagian.

Ya Allah,kumohon..
apa yang telah kau takdirkan.
ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
kerana Engkau tahu,segala isi hatiku.
pelihara daku dari kemurkaanMu.

Ya Tuhanku,yang maha pemurah.
beri kekuatan jua harapan.
membina diri yang lesu tak bermaya.
semaikan setulus kasih dijiwa.
ku pasrah kepadaMu,
kurniakanlah aku pasangan yang beriman.
bisa menemani aku..
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera.
ke muara cinta yang Engkau redhai.
Ya Allah..

Ya Tuhanku,Yang Maha Pengasih.
Engkau sahaja pemelihara ku
Dengarkanlah rintihan hambaMu ini,
jangan Engkau biarkan ku sendiri

Seandainya dia,satukanlah.
kakalkanlah impian hambaMu ini,

Nur Mawaddah


It's my name..beautiful right?yeah..beautiful name like me!
okay dah,masuk baldi angkat sendiri,.perasan tak sudah.
okay..tu la nama saya.
nama itu bermaksud "Cahaya Cinta"

aku : Umi,nak tanye boleh tak?kenapa bagi nama adah nama Nur Mawaddah?
umi : sebab adah adalah cinta umi dan abi.
aku : yeke..(sandar kat bahu umi)
Umi : Dulu mule2 abi nak bagi nama akak Fatin Dayana,tapi umi nak jugak
nama Nur Mawaddah..

so,sampai sekarang lah ,itulah nama saya..lambang cinta umi abi.

Tapii...
kalau pergi mana2,ramai orang suke dok menambah nama aku,
"Mawaddah warahmah"
okay..senyum jaa..
tapi ade sorang ustaz ni..
suka panggil aku Mawaddah Insyirah..
"Mawaddah insyirah sini jap?
arhh..ustaz tu memang suka panggil aku macam tu..
sampaikan kertas periksa aku..dia main sesuka hati tambah insyirah.
Amboii..ustaz ni..

Buat aku nak tahu apa makne insyirah...dan aku cari punye cari..
last2 jumpak jugak"Ketenangan"
Oh!Ketenangan..
tulah maksudnya..

Dan sampai sekarang aku hargai nama tu..hihi
sampai lah nama facebook aku "Wardah insyirah"
Nak tanye pulak kenapa "Wardah"?
okay..
Wardah tu..umi dulu panggil..
tapi bila sampai kat sedara mara,kawan2..tak bunyi dah wardah..jadi waddah..
sampai la sekarang..

setiap yang berlaku,ade jalan ceritanya :)
tak gituu??

tata.assalamualaikum
mawaddah tukimin
publish!!!

Monday 9 June 2014

Terima Kasih Umi Abi


Terima kasih Umi,Terima kasih duhai Abi
Lahirku kedunia,ku disambut penuh syukur,
bisikkan azan ke telinga,
Hikamah kalimah nan luhur,

Lahirku ke dunia,
ku diasuh mengenal ALLAH
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia

salam sayang abi dan umi,
mendidikku tak pernah jemu.,
halalkalah makan minumku,

maafkanlah salah silapku,
tanpa maaf dan juga restu,
hidupku jadi tak menentu.

tiada yang lebih bernilai,
dari pengorbanan yang suci itu,
tak berdaya aku membalasnya,
moga aku menjadi anak yang bertakwa,

Jasamu abi dan umi,
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang,
membina keluarga bahagia.

Pada Mu Allah,aku berdoa,
Pada Mu jua aku meminta,
rahmatilah umi abi tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka,
panjang umur,murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia,di akhirat
beroleh syurga.

Daku mengharap redha mu Umi
juga redha darimu Abi.
hanya itulah yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna

terima kasih Umi,terima kasih duhai Abi


that my mom .. :)
gambar abi susah sangat nak dapat..sebab abi sangat tak suke nak bergambar..
umiabi..anakmu ini mungkin tak sempurna menghormati,tapi setulus hati menyayangi..
that's all :)
assalamualaikum





mawaddah tukimin

Wednesday 4 June 2014

muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian darimu,
ku pasrahkan semua padaMU.

Tuhan,baru ku sadar,
indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
kini ku harapkan cintaMU,

Kata-kata cinta,
terucap indah,
mengalir berzikir dikidung doaku,
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku,
Butir-butir cinta,
air mata ku,
teringat semua yang KAU beri untukku,
ampuni khilaf dan salah selama ini YA ILAHI,
Muhasabah cintaku

Tuhan,kuatkan aku,lindungiku dari putus asa,
jika ku harus mati,
pertemukan aku denganMU.


mawaddah tukimin


Friday 30 May 2014

cerita


Okai,amoi sebelah kite ni nama dia YeeKun Tiew,
baik orangnye...
sopan dan sangat menghormati orang lain,
itu yang kite kagum tentang peribadi dia.




Keje kitorang memang bergambar je..
sepatutnya ini masa makan..
but,kitorang sangat kenyang,
sampai sakit perut.
(Wa du zi tong) mean sakit perut.


hee..poyo je kan.. :)
saje mengisi kekosongan masa,sebelum teman2 yang lain masuk bas.
that alls.



Thursday 29 May 2014

Room mate


Ni hah room mate UUM sehari saya..
sehari je,satu malam aje.. :)
Nur Amalina Alias & Nur Mawaddah Tukimin

Wednesday 28 May 2014

first time


Tak Ku Sangka,Tak Ku Duga
sahabat yang sebelah kite tu,
yang pakai cermin mata itu,
punyai twin*
tapi...
kembar tak seiras..
serius sangat lain muke diorang,
teruja lahh,
sebab kite tak pernah ada sahabat kembar tak seiras,
dialah yang pertama kite jumpak.
kalau ade pun,twin seiras lah..
aha!nama dia Nur Amalina Binti Alias.
Nick name dia banyak la..
kejap panggil liena,amalina,amali,amal.
macam2 nama kite panggil dia
dia pun tak kisah :)
lagi lagi lagi..
kite suke tengok mata dia..
comil,sebab mata dia sepet sangat,
rupanya dia ni mix cina melayu..


Ni dia with twin
lain kan..
hah tuh la pasai..
sebenarnya,saya nak jugak ada kembar..
tapi nak ada kembar yang seiras.. :)



Friday 16 May 2014

Sasasahabat

Yang pakai braces tu,Ni ha sahabat yang selalu disamping aku.sepanjang di asrama.
Yang makan sama-sama dengan aku,
Yang study sama-sama dengan aku sampai pukul 3 pagi ooo,
Yang selalu ajar aku Pengajian Am,
Yang suka merajuk,tapi aku buat tak layan je,sebab tak pandai la nak pujuk.
Yang sedih sama-sama,gembira pon sama-sama
Yang kadang-kadang buat aku sakit hati.HAHA..tapi ku pun sama jugak kot,
Yang semua sama-sama dengan aku.
Yang macam-macam lagi..
Wahai sahabat,semoga kita menjadi sahabat hingga ke syurga,
tiada rasa sakit hati,andai diri ini pernah mengguris hati,buanglah,,
Jangan dipendam.Sakit nanti :)

Sunday 4 May 2014

ADIK

Muhammad Fathul Islam...
Jangan biarkan nafsu mengawal anda,
Tapi biarkan diri dikawal akal dan minda,
Minda dan akal,
apa yang kita fikirkan,
itulah yang mampi kita laksanakan.,
Hebatkan minda dan akal ni adik,
Biarkan Minda berfiir secara positif dan sifat2 yang mahmudah belaka,
Akak tahu,Muhammad budak pandai,
Muhammad antara 15orang pelajar tingkatan 3 harapan Sekolah Menengah Seri Tanjong dan guru-guru dan harapan Umi Abi jugak tau!







JenisSekolah Menengah Kebangsaan,Sekolah kerajaan
Kod sekolahBEA3074
Lokasi Malaysia Jalan Keramat TanjungKUALA SELANGOR,Selangor, Malaysia
Telefon332891164
Faks332896751



Akak tahu Muhammad ni pandai,
Jadikan itu atu semangat dan cabaran untuk Capai Gapai Genggam kejayaan tuh!
Jangan mudah terpengaruh,
Sejujurnya,akak takut Muhammad berubah,..
Tapi kalau berubah kepada lebih baik,akak tak takut itu.,
Kalau akak kurang baik,akak bukan kakak yang baik..,
Muhammad jadilah adik yang lebih baik,

Allah bersama-sama orang yang bersabar Muhammad Fathul Islam,
Insyaallah kejayaan menanti Muhammad..Amin

Saturday 26 April 2014

Dear adikku Muhammad Fathul islam,
pesanan ni khas untuk akak buat adik kesayangannya
yang tomey...bam bam...
Muhammad kite dua beradik je...
kite dua2 harapan umi abi....
umi abi nak kita dua2 anaknya berjaya...
bila kita dah dapat kejayaan tu,
bukan untuk sape2,,untuk kita juga,,

Muhammad fathul islam,,
akak pun nak adik akak yang sorang ni berjaya,,,
kita sama2 berjaya,,,
belajar rajin2,,
jangan malas,,
jangan mudah terpedaya dengan anasir2 yang tak elok,
dunia ni macam2 cabaran,,,kita yang kene pandai atasi,,
ingat tuh,,,
akak memang bukan akak yang terbaik,,,,
selalu marah2,,,
tapi jauh dalam hati ni,,,sayang la dekat ko,,!!!,

okay,,akak nak adik akak sorang ni jadi doktor,,,,sebab Muhammad pernah cerita kat akak kan,,
Muhammad nak jadi Doktor,,,
tunaikanlah,,,
Dengan kejayaan la,,yang boleh tentukan segalanya,

kalau dah berjaya nanti,hah beli la rumah ni sebiji






Monday 24 March 2014

love story

assalamualaikum,,,..
mengimbau balik perbualan umi and wardah.
okay,hari tuh time balik rumah..
mase nak breakfast..tetibe rase nak tenung je muka umi..
umi baru nak bukak nasi lemak,nasi lemak tuh kitorang beli kat gerai mane tah..
lepas tu umi cakap.,nape kak pandang2 umi...
wadah pon jawab.."tak ade pape"
lepas tu  wadah rase macam nak pandang lagi..tenung lama-lama..
tetibe rase nak tanye "Umi sayang akak tak?"
umi pon jawab"Sayang la"
wadah tanye lagi "Sayang macam mane?"
umi jawab "Sayang sangat-sangat"
Wadah tanye lagi" Sayang macam mane tu?"
Umi jawab"Sayang kerana Allah "
yeke umi....
Umi cume senyum je...
Lepas tu umi tanye wadah pulak "akak sayang umi"
Wadah jawab pulak...'Sayang..sayang sangat umi kerana Allah"
perbualan tu tamat sampai kat sini je..umi and wadah masing-masing senyum..:)
Dalam hati ini terdetik...aku bahagia miliki umi..


mawaddah tukimin
publish!

Saturday 8 March 2014

Kawan

chak!chak baa...
dimulakan dengan bismillah,disudahi dengan alhamdulillah....

kawan??kawan ni satu pengaruh yang besar dalam kehidupan kita,sekeliling kita..
pengaruh besar tu..percaya tak?
kawan ni,bagi impak besar dalam segalanya..
berhati-hati lah dalam memilih kawan,
pilih lah kawan yang bersifat positif kerana ini mempengaruhi kita untuk berfikir positif jugakk.

kawan???
jangan risau bila anda jumpak kawan yang.....

suke buat muke,..jealous tak menentu,pot pet sana sini.gosip sana sini,dok citer bukan2 pasal kita,fitnah macam...jatuh kan kita dengan cara kata2 mereka yang menyakitkan hati,susah hati,gelisah tengok kita berjaya,kedekut nak kongsi ilmu dengan kita ,jeling2 ka..
syik fikir negatif je pasal kita..


orait,mesti kita stress kan...bile kita kena berhadapan dengan benda-benda macam tu...

okay,soalan pertama..Adakah kita ni lahir sama-sama dengan kawan kita?
kedua,bila kita nak kahwin nanti,nak kahwin sama dengan kawan ke,pasangan sama..semua sama..
tak kan...
okay,bila kawan kita bejaya dapat degree dan keatas,,.dekat sijil degree tu tulis nama kita ke,
jadi..buat apa nak bebankan fikiran kita dengan masalah2 kawan..
semua tu boleh buat kita jadi stress,jadi tak fokus,,lepas tu pelajaran kita terganggu,lepas tu boleh kita berjaya...kalau kawan kita tu berjaya,kita pun kena berjaya..
kawan yang macam tu,sebenarnya bagi keta tekanan yang kadang-kadang kita tak sedar,sebab dia bagi kita tekanan dari segi psikologi..dan mereka buat macam tu,sebab ade kelebihan kat diri kita,yang tak ade kat mereka..

jadi,kesimpulannya,jalanilah kehidupan anda dengan penuh rasa bahagia dan gembira..takkan lah setiap hari nak sedih-sedih aje...senyum sokmo seyhh..
jadi,set kan fikiran anda dengan benda yang positive aje..okay..
kata-kata ni dipetik serba sedikit dari guru pembimbing kaunseling.....


yang salah,dari diri saya sendiri,yang baik datangnya dari Allah..

mawaddah tukimin

Thursday 6 March 2014

Hati ini

Bismillahirahmanirrahim...
bila berjauhan terasa kerinduan kepada Umi & Abi,
itu memang fitrah seorang anak,begitu juga dengan mawaddah..
Ya Allah,peluklah hati ini,pujuklah hati ini...
rindu....rasa yang dianugerahkan oleh Allah untuk setiap insan kat muke bumi niii..
cume,kadang2 kite salah untuk gunekan rasa rindu ini...
rindu pada salah ,bawa bahaya..ingat tuuuu....
Ya Allah ,jagalah hati ini...
supaya rindu ini,,ku tujukan pertama-tama hanya untukMu.,
rindu ini untuk Rasulullah..para sahabat dan tabiin..
untuk Umi & Abi...
untuk pemilik tulang rusukku..:)


Umi&Abi...adah jauh dari Umi&Abi...
rindu ini membendung diri...
cinta ini menusuk di kalbu..
sungguh! adah menyayangi Umi&Abi..

Tapi,ku rawat hati ini..
kembali kepada tujuan ku yang satu...
untuk menuntut ilmu,..amanah Umi &Abi..
semua demi Umi&Abi..
Ya Allah,tetapkanlah hati ini..


okay..tetibe pulak teringat umi& abi...mentang2 lah esok nak balik rumah..
mulalah berangan nak balik..
yela..happy kan..
walaupun balik tak lama pon,.tak kisah lahh..asalkan balik..
kejap ka ,lama ka,... pon bolehlah..
Ya Allah..yasiru wala tuasir..
Ya Allah,mudahkanlah,jangan menyusahkan...
semoga esok.,bahagia untukku..Aminnnn


segala yang salah datangnya dari saya,yang baik datangnya dari  ALLAH S.W.T..

mawaddah tukimin


Monday 3 March 2014

Ujian ALLAH

assalamualaikum..
Ya Allah,tenangkanlah hati ini tatkala sedih menghampiri..
lara mendekati...

Subhanaallah...
kadang2 kita tak sedar,yang kite ni sedang diuji....
sebab ujian Allah ada banyak cara.....
tapi salah satu nya...
pertama,..bile kite ni suka sangat dan bile kita dilanda sedih..
dua2 ni ujian Allah..

Allah uji kite,,bila kite selalu dan terlalu gembira,kite ni ingat tak dekat Allah??
ingat tak yang ALLAH yang bagi kita happy,bahagia..pernah tak rasa bersyukur??atau terus lupa? dalam diri..
tapiiiii,,.....bile hati ni gundah gulana..mesti kita ingat Allah...Mashaallah...Allah bagi kita
rasa sedih..bagi kite dugaan ..sedih dan gembira tuu supaya umatNya..tak lupa kepadaNya...
Allah tu sayang kita.sayang sangat dekat kitee..tak nak kita jauhhhhh dari Allah..

Minggu lepas,mawaddah ada pergi satu program solat hajat..
lepas je solat hajat..Ada sorang ustazah sampaikan tazkirah 5minit...
satu daripada kata2nya yang mawaddah masih ingat..
ustazah tu kata"Kalau kita ingat Allah selalu,..berjuta2 kali Allah ingat kita.."
tapiiiii....kalau sedetik kita melupaiNya....berbatu-batu-batu....Allah jauh dari kita...

Ya Allah...jangan biarkan hambaMu sendiri...kerna ku tak mampu..kerna ku sanggup hidup tanpaMu disisiku..........

Umi mawaddah pun selalu kate...jangan mengeluh dengan ujian ,dugaan yang Allah bagi...
Allah tu uji hambaNya..sebab Allah tahu hambaNya mampu atasi..Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuannya...pesan Umi tu takkan dilupa..
rasanya cukuplah ni aje untuk hari ni...

ku sudahi kata dengan Alhhamdulillah..
maaf andai tersalah kata.,
yang baik itu datangnya dari Allah..yang buruk itu dari diri saya sendiri..:)
mawaddah tukimin



Friday 21 February 2014

Ukhwah

assalamualaikum ,
salam ukhwah untuk semua dari wada..
sebagai permulaan bicara,
yela,ni kan posting pertama dari wada.
macam malu pulokk..heee
harap2 kita dapat share cerita dan kongsi pendapat bersama..

Ehem..Ehem
siang dah pun hilang,kini kite lalui malam ,begitulah seterusnya...
dan seterusnya...
Sebenarnye cuma nak ucap selamat malam semua..
salam perkenalan :)


publish!