Friday 11 July 2014

SAD

Bismilahirahmanirahim..

Bermula kata..dari hati..sejauh dilubuknya ,paling dalam,sedalamnya
,hingga terkadang tak termampu aku nak ungkap dengan kata-kata..
kerana apa yang ku rasa lebih dari kata 
Kadang-kadang apa yang kita rasa betul..tak semua orang akan kata begitu 
Kadang-kadang kita rasa selesa dengan tindakan kita,tapi…tak semua orang rasa selesa.
Kadang-kadang,kita rasa bahagia dan nak orang tahu kita sedang bahagia..tapi.,tak semua orang bahagia dengan kebahagiaan kita.
Kadang-kadang benda yang tak terlintas di fikiran kita,itulah yang orang lain fikirkan.
Kadang-kadang kita tak rasa kita salah,tapi orang kata salah..
Kadang-kadang,kita gembira..tapi,orang tak suke tengok kita gembira..
Kadang-kadang.. 
Dan terkadang aku terfikir..mengapakah?
Okay..aku tahu..setiap orang itu berbeza..beza dengan kita..beza dalam mentafsir sesuatu,beza dalam menilai sesuatu..beza dari segalanya..
Tapi..dan ku tahu juga…
Aku bukan cermin yang dapat melihat diri sendiri..
Dan terkadang aku juga tidak tahu dimana salah aku…


No comments:

Post a Comment