Saturday 30 May 2015

Kesedaran Diri Sendiri .

Assalamualaikum .Hai,

Nak kata anak manja tu sebenarnya tak pun ,Selalu juga kena cubit-cubit . Nak kata tak kenal bawang tu , kenal lah .Nak kata tak tahu mana satu  peralatan memasak . ish ,tahu juga .

Nak kata anak dara pemalas masuk dapur tu, tidak jugak .Sebab kita rajin masuk dapur cari makanan . hihi . tak lah ,kite  teman umi masak,tengok umi masak .. hihi . Pergi dapur , gesel2 badan kat umi, "umi nak masak apa tu",ishh sedapnya . Tapi,tak masak pun . Alasan paling best untuk mengelak dari memasak ,"umi,adah nak buat homework ye" ? hah,buatlah . Kite pun buatlah homework sampai umi siap masak .Nampak tak disitu? hihihi

Tapi, makin lama , kite tengok ramai pulak  kawan-kawan yang dah  pandai masak , uishh jealous ! jealous !
diorang siap bawa bekal pergi sekolah duluu . lepas tu makan sama-sama .Semua pakat puji ."eh,sedaplah.Siapa masak ni? " kawan pun menjawab sambil tersipu-sipu malu , "sayalah yang masak " dan setiap hari bertukarlah resepi baru . Sedap pulak tu .Dan dipujilah kawan tu dari hari ke hari sampai kembang.

Mawaddah pun tak nak kalah tau . kite pun mulalah belajar masak senyap-senyap .Belajar sikit - sikit . Masak benda yang senang-senang dulu . Bila dah tahu basic ,semua kita dah boleh masak . Dan akhirnya sekarang, Saya dah pandai masak tau . hahaha .. Dan hobi sekarang ,kita suka masak ,dan suka tengok orang makan dengan kesungguhan dengan riak muka macam perghhh sedap,sedaappp !!

Sebenarnya , semua itu datangnya dari diri wada sendiri . Sebab rasa tak lengkap jadi seorang perempuan tanpa kebolehan memasak .Rasa kurang sesuatu . Lagipun,perempuan ni kan memang dah sinonim dengan aktiviti memasak .Sampai bila nak mengharap air tangan umi aje.Memasak ni memerlukan kemahiran , minat dan dipraktikkan hari demi hari .Lama-lama korang pandai.percayalah . :)

Jangan risau kalau masakan pertama korang seperti rasa garam tertumpah atau hitam macam arang .Yee, wada tahu , mula -mula nak belajar memasak , mesti macam kelam kabut sikit , rasa gelabah . rasa ehh ehh ehh .Gaya macam nak bersilat je .padahal masak je pun . jangan risau , kita kan belajar  kena belajar dari kesilapan .Perbaiki diri dari hari ke hari   :)

Mestilah punya ,masa mula-mula nak masak tu,korang akan cakap kite tak tahu nak masak apa =_=
so,banyakkan minta resepi dari mak korang,banyakkan bertanya  , Wada tahu , mak mak kita win lah bab memasak ni ,kan kan .Pejam mata ,dah siapp ! Ceh. hebatnya cerita .

Tapi, korang jangan lupa juga jaga keselamatan juga . Manalah tahu , sambil potong bawang tu , terberangan pulak . Kang kang ,terhiris pulak jari tu . Apa-apa pun ,amalkan langkah keselamatan .tau !

sekian .











Monday 25 May 2015

Bad habits.

Assalamualaikum . Hai :)

Makin lama , wada makin sedar yang perangai buruk ni kena buang . Rasa nak buang dah lama , tapi . tapi . tapi . Susahkan nak buang perangai yang sudah lama sedia ada . Kadang-kadang rasa rimas dengan perangai sendiri .

Tidak tegas . kadang - kadang rasa menyampah . seriously . Menyampah sangat . teringin nak jadi orang yang tegas . Sebab kadang-kadang rasa sebab sikap tak tegas ni membuatkan wada sering dibuli . Contohnya , Mawaddah,kita pakai sabun awak tau . __dalam hati"eh.,dah pakai baru cakap" tak pela,mungkin dia tak sempat nak cakap . wada selalu buat ayat nak sedapkan hati sendiri . hakikatnya.. ia berlarutan sehingga Pak abu kahwin dua .

Wada pun jenis rilek-rilek je . Sebab malas nak panjang-panjangkan cerita .Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku .

Tidak pandai marah , wada rasa seperti di layan seperti budak - budak . walaupun dengan budak-budak . Kalau wada marah pun, tak ada siapa takut . :( sedih ,rasa macam wada tak layak untuk marah walaupun benda tu salah . Wada nak marah sebab benda tu salah . Tapi,tak siapa nak kisah .Rasa macam ___ . Masa jadi exco ibadah dulu pun , budak-budak bermasalah , Wada suruh kawan wada yang rock2 tolong tegurkan . Nasib baik diorang faham , faham yang wada tak pandai nak tegas apatah lagi marah .Adakah kerana berlembut hati sangat sehingga dipermainkan  sebegini . .

Kawan kata muka wada kalau marah pun,muka lemah lembut je ,cakap pun alahai macam berbisik ,.marah pun orang tak takut . Senyum je .nak takut macam mana . __ * kembanglah kita orang kata muka lemah lembut . haha

Jalan lambat .selalu kalau jalan dengan kawan ,mesti akhirnya tercicir sorang-sorang kat belakang .Kadang-kadang rasa macam dah laju dah ,tapi , kawan kata "Mawaddah,cepatlah sikit !" tak pela ,korang jalan dulu .So lepas ni,Saya kena jalan laju untuk mengurangkan pembaziran masa .Terima kasih ye kawan yang selalu jalan dengan kita . haha .

Suka letak barang merata ,lagi-lagi barang yang kecil cenoeett tu . Contohnya , pin tudung . Wada rasa kalau dikumpulkan adalah dalam satu baldi pin tudung tu . Tapi, agak musykil dimana sebenarnya semua pin tudung tu .hihi,kalau jumpa pun kat mana -mana tah ,bawah kerusi ,kat dapur , rak pingganlah, bawah katillah , dalam vacumlah . kat mana-mana lah .

Tak suka bersenam . Pemikiran sangat pasif kalau bab bersenam,sukan dan lain-lain . Mungkin sebab terbiasa dari kecil kot , Abi selalu pesan ,jangan lari-lari. nanti asthma datang .lepas tu,Wada selalu pesan dalam diri, jangan lasak-lasak,nanti asthma datang ,Apa yang tak lasak , apa yang mengah2 dalam sukan tu .jadi akhirnya , wada tak suka bersenam,bersukan .. Tapi alhamdulillah , sekarang saya rasa semakin okay . So,lepas ni boleh lah senam sikit2 . mihmih.


Sekian ,





Friday 22 May 2015

Hati saya dan kami mungkin . :)

Assalamualaikum .

Sebelum baca sila kendurkan urat urat tegang anda dan letakkan emosi yang sesuai ketika membaca .

Muslimah itu , terkadang gelak juga tanpa henti ,Terkadang juga suka bercerita hal dunia , tanpa sedar kami minum berdiri ,Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa tidur dan ayat kursi . Terkadang pakai stokin dimulai kaki kiri .Terkadang aci redah  sarung kasut orang lain tanpa disedari ,

Muslimah itu,kadang gembira  sampai terlompat-lompat .Sambil senyum tayang gigi .Terkadang terselfie buat muka comel dan letak gambar di laman sosial .Terkadang menitis air mata laju tak terperi ,

Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi ,Terkadang rasa marah menguasai diri ,sampai rasa nak lempang orang tu laju laju without mercy.

Tapi kami ,

kami muslimah ,adalah manusia biasa ,
yang tidak lari dari perasaan manusia ,
yang tidak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
yang tidak lari dari perasaan lemah dan tidak bermaya .
yang tidak lari dari khilaf dan dosa .

kerana apa ?

kerana dia juga manusia biasa . Apa-apa pun ,yang pastinya ,muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh .sentiasa cuba menggembirakan hati orang lain walaupun kadang-kadang tak siapa jaga hati dia .Sentiasa cuba perbaiki diri .Sentiasa persiapkan diri menjadi wanita solehah . dari hari ke hari tanpa henti .Walau kadang-kadang dia tersungkur,itu bukan kerana dia lemah ,tapii,kami cuba ambil masa untuk bangun semula .untuk jadi kuat dari sebelumnya .Kerana dia berusaha menjadi bidadari dunia dan akhirat sana . Insyaallah .


Sunday 17 May 2015

Wanita Syurga Bidadari Dunia .

Wahai wanita hiasan dunia ,

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa
Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa

Apa sebenarnya bertudung ?



Assalamualaikum .



Didalam surah al ahzab ayat 59 yang bermaksud :

' Wahai nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin,"Hendaklah mereka menutup jilbabnya keseluruh tubuh mereka"Yang demikian itu,agar mereka lebih mudah dikenali ,sehingga mereka tidak akan diganggu.


Indahnya islam,.islam itu mudahkan .Persoalan tudung jarang,kecil dan singkat serta Bijak dalam berdakwah .Jum dengar ni satt . :) kita kutip ilmu sama-sama dan perbaiki diri .





Doa Iman .

Assalamualaikum,apa khabar iman hari ini?
masih teguh,atau goyah .Jangan Pisahkan kita dengan Iman.

Ya Allah,hidupkan kami dengan Iman .
Ya Allah,matikan kami dalam Iman,
Ya Allah ,bangkitkan kami dengan Iman.
Dan masukkan ke syurgamu dengan Iman .




Jum dengar ni .

Saturday 16 May 2015

Persiapkan dirimu menjadi wanita solehah

Assalamualaikum . Hai .

Dulu , aku bersekolah di sekolah di Maahad al-tarbiyah al-islamiah di Taiping,Perak . Disekolah aku bertudung labuh bertutup sempurna .berstokin. sempurna ! Tapi semua kerana peraturan . Kalau ikut hati aku tak nak . Bila di luar,aku juga seperti kamu ,bila mana tudung biasa menjadi pilihan .
 Allah . waktu itu Hati ku tertutup .tertutup setutupnya .Waktu itu,aku tak nampak indahnya bertutup aurat dengan sempurna .sungguh! rasa malu diri ini .

Aku tahu peraturan pemakaian dalam islam . Tapi aku buat endah tak endah . Aku belajar ilmu  agama cuma sekadar belajar. aku menghafal,cuma sekadar untuk exam . cuma untuk exam dapat markah tinggi . Cuma itu .ALLAH . tak pernah langsung dalam hati aku nak mendalami mempraktikkan dalam kehidupan seharian aku .Gelagat ku langsung seperti bukan sekolah agama.tudung ku, ku silang .. tak pernah rasa malu!

Tapii,

Hari demi hari , sampai satu saat aku terfikir .ALLAH cinta padaku ,Rasulullah kasih padaku ,sehingga menjadikan aku perhiasan dunia .Aku juga diberi kuasa menjadi bidadari syurga dengan menjadi wanita muslimah. tapiii ,

apa balasan cinta yang ku balas kepada Pencipta ?
apa tanda kasihku kepada Baginda?
Sedangkan syurga yang ku dambakan ,yang ku sangat impikan dan  aku takut neraka.
Kejamnya aku.. Allahu ,
kejamnya tak menghargai setiap saat hidup aku ini.
lalai menjaga syariat islam . lalai .dan lalai .

Disitulah bermula hijrahku ,
aku buat seperti yang aku belajar selama ini. aku bermula sedikit demi sedikit .Aku labuhkan tudung sedikit demi sedikit . Tudung-tudung lama aku, aku sedekahkan untuk orang-orang susah .aku niatkan,semoga pahala dia bertudung ,bagi untuk kita sama-sama .

Aku malu bila bertudung biasa .sehingga suatu hari,aku pergi ke program solat hajat,aku jadi orang terawal .aku duduk di saff hadapan ,aku solat seperti biasa,dan bila habis solat rupanya ramai yang datang.  kawan-kawan aku yang datang ramai bertudung labuh.Aku malu nak buka telekung sebab tudung aku pendek .malam itu,aku balik dengan bertelekung.Aku tak buka pun telekung itu..kawan tanya,kenapa tak bukak telekung? "aku jawab' tak apalah nak pakai telekung aje"  Ya Allah ,malam itu,hati aku sayu .. dalam hati aku,aku berkata-kata sendiri.Aku malu,aku malu .Malu bukan kerana tidak bertudung,tapi malu kerana tudungku tak sempurna menutupi . tapi kenapa aku tak labuhkan tudung aku.Kenapa mawaddah .Kau tahu ,tapi kenapa kau tak buat ,berubahlah mawaddah .

Dari situ,Aku tahu ,Allah telah titipkan sesuatu kepada aku .Ya allah .pimpinlah aku,ingatkan aku jika aku terlupa .Allah hantar orang yang baik-baik dalam hidup aku ,menjadi perantaraan dariMu untuk ingatkan aku .

Tudung labuh yang tersarung di kepalaku bukan pengukur hebatnya diriku.
Aku cuma ingin melindungi auratku dari mata buas sang ajnabi . Aku rasa selamat menjadi wanita yang tidak dipandang . Aku cuma ingin menjaga maruah aku dan keluarga.Maruah agama yang aku cinta ,Agama yang bukan hanya pada kad pengenalan .aku tak mahu kerana aku,abi,adikku,suami ku nanti menjadi mangsa kayu api neraka .

Wahai wanita akhir zaman ,cukuplah menjadi wanita pujaan ramai lelaki,menjadi bahan paparan menarik untuk ditonton .sedangkan akhirnya kau hanya dimiliki oleh seorang suami ,

Wahai wanita perhiasan dunia,
tidakkah kau tahu dirimu sungguh indah ,sungguh mempersonakan .sehingga kau boleh membuat sang ajnabi terleka dan terpegun kerana indahnya dikau sayang .Dipandangan ajnabi kau terlihat sempurna .

Sayang,jagalah auratmu agar terpelihara.Kerana ia mencerminkan dirimu sebagai wanita muslimah.Sayang ,tahukah kamu maruahmu mencerminkan agamamu.Janganlah kau murah sehingga terkadai maruah. Nanti kau sendiri yang merana tak sudah.

Peliharalah auratmu dan berikanlah kepada yang layak.Yang akan memimpinmu sehingga ke syurga .Persiapkanlah dirimu wahai wanita perhiasan dunia untuk menjadi muslimah sebenar .




Thursday 14 May 2015

10 Wasiat Allah .

Assalamualaikum. hai.

Pertama-tamanya saya panjat kesyukuran diberi kesempatan masih diberi pinjaman nyawa ini di Bumi milik Allah.Alhamdulillah .syukur syukur Ya Allah . kerana Izinkan saya mengutip pahala untuk bekalan di akhirat kelak..Allah .

Alhamdulillah,diberi kesempatan dari hari ke hari .. dari minggu ke minggu dan seterusnya hari yang saya lalui untuk saya berubah ,berubah menjadi lebih baik menuju ke jalan yang Allah redhai . Pimpinlah daku.

Alhamdulillah, dalam perjalanan menuju ke arah lebih baik .Allah titipkan keluarga,sahabat,dan dikelilingi orang yang baik baik untuk pegang sekuatnya tangan ini meneruskan perjalanan ini.Allah buka seluas-luasnya hati saya mendekatkan diri untuk Nya.walau kadang-kadang saya terjatuh sehingga rasa tak mampu nak bangun lagi.Allah titipkan kekuatan dalam hati ,sekuatnya untuk bangkit .Allah .semua kerana Allah .Alhamdulillah .Jalan Allah itu indah .seindahnya...cantik perancangannya . Carilah hikmah disebalik kejadian .walaupun kadang - kadang ujian tu terlalu melemahkan kita,terlalu mengecewakan pada awalnya .

Ya Allah,

Alhamdulillah , pagi tadi saya mendapat satu whats'up . Mawaddah,kalau buat tazkirah petang ni lepas asar kat masjid ,awak boleh datang tak? saya jawab"maaf saya kerja ,saya tak dapat hadir . dibalas "kalau macam tu malam ni boleh ,awak bagi tazkirah .

Mulanya,saya fikir berkali-kali,kenapa saya ? ilmu saya belum cukup . nak bagi tazkirah kepada ustazah uztazah yang ilmu lagi tinggi .Saya malu .Mulanya ingin menolak,tapi saya berfikir ke arah positif .Apa salahnya ilmu yang sikit ini dikongsi .Saya diberi kepercayaan .dan saya harus laksanakan . Alhamdulillah mereka memberi  keyakinan pada saya untuk menyampaikan .Sampai bila saya nak menolak ,bila pula harus saya mencuba .Peluang dah ada.

Saya anggap ini dari Allah,ini peluang yang Allah bagi ,ya peluang dari Allah untuk saya .Peluang untuk saya memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Nya. Insyaallah saya manfaatkan sebaik baik mungkin . Malam ni tajuk tazkirah 10 wasiat Allah . Saya tak sabar sangat nak tunggu malam ni .Jumpa nanti ye .

Monday 11 May 2015

redha tak?

Assalamualaikum.Hai.

suatu hari,Ada  seseorang  berkata kepada saya "Kenapa Awak jenis yang redha ye?"cubalah cakap nak kereta lain boleh?''

masa itu saya tak tahu nak cakap macam mana.Bibir  seolah olah  tak nak berkata.cuma senyuman yang terlihat cuma hati yang menjelaskan sebenarnya kita sepatutnya mewujudkan perasaan senang dengan apa yang Allah berikan sama ada ia baik atau buruk.sama ada kita suka atau tidak. Terimalah dan carilah hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Apatah lagi mengenai hal dunia seperti mewahnya kereta,besarnya rumah,gahnya jenama baju.Tapi,ketahuilah Islam juga menggalakkan kita bersederhana dalam semua hal. mengikut kemampuan masing masing.Jika mewah itu kita mampu ,lakukanlah.

Redha ibarat satu pujukan Allah bahawa ini adalah rahmat Allah.
Redhalah dengan usaha sekali  untuk membaiki diri menjadi lebih baik.
Sebab Allah juga suka orang yang berusaha memperbaiki diri.
Agar kita menjadi mukmin yang berjaya didunia seiring dengan Akhirat.


Saturday 9 May 2015

HATI

Allah berikan manusia sekeping 'HATI'..


Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa air mata..


Tapi jangan lupa,hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita..
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu dunia..
Jadi jagalah hati kita sebaiknya..
Supaya kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat redhaNya.. :)