Monday 11 May 2015

redha tak?

Assalamualaikum.Hai.

suatu hari,Ada  seseorang  berkata kepada saya "Kenapa Awak jenis yang redha ye?"cubalah cakap nak kereta lain boleh?''

masa itu saya tak tahu nak cakap macam mana.Bibir  seolah olah  tak nak berkata.cuma senyuman yang terlihat cuma hati yang menjelaskan sebenarnya kita sepatutnya mewujudkan perasaan senang dengan apa yang Allah berikan sama ada ia baik atau buruk.sama ada kita suka atau tidak. Terimalah dan carilah hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Apatah lagi mengenai hal dunia seperti mewahnya kereta,besarnya rumah,gahnya jenama baju.Tapi,ketahuilah Islam juga menggalakkan kita bersederhana dalam semua hal. mengikut kemampuan masing masing.Jika mewah itu kita mampu ,lakukanlah.

Redha ibarat satu pujukan Allah bahawa ini adalah rahmat Allah.
Redhalah dengan usaha sekali  untuk membaiki diri menjadi lebih baik.
Sebab Allah juga suka orang yang berusaha memperbaiki diri.
Agar kita menjadi mukmin yang berjaya didunia seiring dengan Akhirat.


1 comment: