Monday 20 October 2014

Bersyukur dan Bersabar

Bersyukur dan bersabar
Maksudnya:Daripada’ Amru Ibn Syu’aib ,daripada datuknya Abdullah Ibn ‘Amru,katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Ada dua sifat yang jika terdapat pada diri seseorang,nescaya Allah mencatatnya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sebaliknya,sesiapa pada dirinya tidak dapat dua sifat tersebut, Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan bukan orang bersabar,iaitu;Sesiapa yang melihat dalam perkara agama kepada kedudukan orang yang lebih tinggi daripadanya,lalu dia mencontohi orang tersebut.Sedangkan dalam perkara dunia dia malihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya,sehingga dia memuji Allah atas kurnia yang dengannya Allah melebihkan dia daripada orang lain,nescaya Allah mencatat dirinya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.Sesiapa yang melihat dalam perkara agama kepada kedudukan orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam perkara dunia dia melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadanya sehingga dia sedih atas nikmat yang dia tidak perolehi,nescaya Allah tidak akan mencatat dirinya sebagai seorang yang bersyukur dan bersabar.         (Al-tarmizi,sifah al-qiyamah,2449)

Bersyukur apa adanya…syukur?syukur ke kite masa ni??
Tepuk dada ,tanya hati sayang.
Macam mana nak bersyukur? Kita ni bersyukur tak?
Agak-agak…?
Kadang hati..ada aje yang bicara sendiri..nampakkkkk..

Eh,cantiknya dia..!eh,hensemnye dia!kayanye!!untungggg!besaqnye rumah dia.!besaq gila kereta dia,mewah gitu!untunglahh!

Sayang…kenapa nak cakap macam tu? Sayang..tau tak saat hati bicara macam tuu,
Membuka ruang untuk kita tidak bersyukur..

Janganlah macam tu sayang.. katalah Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,untuk takdir hidupku..
Sayang tahu tak….

Berkaitan hal agama dan ibadat,kite ni kena perhatikan orang yang lebih tinggi untuk meniru dan ikut dia.bila kita ni tengok orang yang lebih baik,kita akan berlumba-lumba untuk buat ibadat,amal soleh.

Macam contoh ni..

Kita duduk kat surau..sama macam dia..kita dok bersembang,usik kawan..sementara nak tunggu azan,kita tengok orang tu..dok khusyuk baca yasin,tak cukup lagi,dia baca al-mathurat,tak cukup lagi,dia baca quran..jeles kan!..ishh!tak boleh jadi ni..kite kene buat jugak macam tuuuuuu….

Tak salah jeles kepada benda yang betul.

Sesiapa yang menganggap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sedikit dan tidak berharga,dia bukan termasuk hamba Allah yang pandai bersyukur dan bersabar.





No comments:

Post a Comment