Saturday 25 April 2015

CARA MEMILIH ISTERI YANG BAIK MENURUT ISLAM.

Assalamualaikum.hai.


Kriteria wanita dan isteri solehah amat penting dalam kehidupan bekeluarga.Hal itu,kerana isteri solehah bakal menjamin kerukunan dan kebahagian sesebuah rumahtangga yang dibina.Sebab isteri inilah yang akan mendidik anak-anak.didikan pertama kan bermula dari rumah.Bermula dari ibu dan ayah. kan?

Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikannya,kelak kecantikannya itu yang akan membinasakan.Janganlah kamu kahwini kerana hartanya kerana hartanya boleh jadi kederhakaan.sebaliknya kahwinilah wanita beragama.

untuk itu,aspek keagamaan adalah hala tuju sesebuah rumahtangga.Ini kerana,dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya,dia pasti taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.



isteri solehah jugak,mesti bersifat amanah terhadap harta benda suaminya,disamping menjaga maruahnya.

isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya.disamping menjadi keredaannya pada setiap masa.

berbekalkan agamanya akan diwarisi segalan ilmunya kepada anaknya agar mereka kelak  menjadi anak yang soleh solehah dan taat,bukan sahaja kepada ibu bapa.bahkan taat kepada Allah.

ciri-cirinya ialah :


  1. Beragama.memiliki pendidikan agama serta berakhlak mulia.
  2. Terhormat dan Mulia.iaitu menjaga kehormatan dirinya.
  3. Penyayang dan sihat.Wanita penyayang mampu memberi kasih sayang kepada suami dan anak.
  4. utamakan gadis. Memilih kalangan kalangan Dara atau masih belum berkahwin.
  5. utamakan bukan kerabat.iaitu orang luar dari kekerabatan.


sape nak kahwin.sila angkat tangan.Tundukkan muka. :)
Insyaallah jodoh kita ada.Tapi tahu tak,kita boleh memilih jodoh itu..Orang kata..tak pe,jodoh belum datang.tapi sebenarnya kita kena cari... Ustaz wada yang kata :) Wallahu’alam bissawab 




No comments:

Post a Comment