Monday 27 April 2015

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum .Hai.

Siapa sayang mak abah,umi abi,ibu ayah, sila angkat tangan.'Siapa tak sayang kan.betul tak?

Kedudukan ibu bapa di sisi Allah SWT terletak di tempat yang teratas sekali selepas kedudukan Allah SWT dan Rasul-Nya,yang mana anak-anak perlu merasakan diri mereka kecil dihadapan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan sebab nyata jelas wujudnya seorang anak.Ibu bapa berhak terhadap anak -anak.
Bahkan Allah SWT juga tidak redha terhadap seseorang anak selagi ibu bapa mereka tidak meredhai mereka sepertimana Sabda Nabi SAW:

'keredhaan Tuhan terletak kepada keredhaan kedua dua ibu bapa dan Kemurkaan Tuhan terletak kepada kemurkaan kedua-duanya.'


 kita sebagai anak banyak salahkan.banyak sangat ..kadang kita tak sedar kita telah mengguris perasaan.Dari kata-kata mungkin juga perbuatan kita.Yang kita sengaja mahupun yang tidak disengajakan.. tsskk! umi,wada selalu nangis dalam bilik tau kalau wada buat salah,tak mau tunjuk kat umi.Malu sebagai anak yang selalu buat umi sedih.. Tsskk..mmm.Malu tak dapat buat yang terbaik.sedangkan umi selalu buat yang terbaik..Tsskk!
 please jangan nangis lagi.

Berbuat baik kepada ibu bapa termasuklah berbuat baik dalam bentuk moral dan material..haa..Oleh yang demikian,anak-anak harus memiliki keinginan yang kuat untuk mengurus dan menjaga ibu bapa yang sudah tua dan lemah supaya mereka tidak lagi berasa terabai tanpa kasih sayang daripada mereka.

Manakala kebajikan dari sudut moral pula bermaksud mentaati ibu bapa dalam perkara -perkara kebajikan dan makruf,memuliakan,dan menghormati  mereka,menziarah mereka,berbuat baik,tidak berbicara dan bersikap kasar terhadap mereka,serta menjaga hati dan perasaan mereka.Jangan perasaan kekasih je yang dijaga.

anak-anak dituntut supaya mendoakan ibu bapa agar Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat dan keberkatan kepada mereka.

kewajiban terhadap ibu bapa bukan sahaja semasa mereka hidup didunia,bahkan kematian tidak menghalang kita sebagai anak terus berbakti. 

macam mana nak berbakti selepas kematian?
  1. mendoakan kedua-duanya.
  2. memohon ampun terhadap dosa-dosanya.
  3. melaksanakan janji-janjinya seperti melunaskan hutang.
  4. menghormati teman-teman kedua-duanya.
  5. bersilatur rahim dengan kerabat yang tiada hubungan denganmu melalui orang tuamu.

wallahu'alam bissawab.

Nak tambah sikit je lagi.sikit je.please baca sampai habis..mihmih..ucapan terima kasih kat umi sebab mewariskan kecomelan umi kat wada.

Sekian.









No comments:

Post a Comment