Saturday 17 January 2015

Misi Bantuan Banjir 3.0



Hati wada ini digerakkan untuk membantu , terasa didalam hati bebanan mereka yang mengharap bantuan,yang berada dalam kesulitan.. wada nak menyumbang tenaga muda ini.. niat hati ni memang besar..tapi,memang tak termampu kalau nak sumbang duit banyak-banyak..sebab kita ni bukan orang berada . so,biarlah wada sumbang tenaga..tenaga yang tak seberapa ini..alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan..ALLAH mudahkan segalanya…ALLAH..



Pada hari khamis bertarikh 8/1/2015 wada bergerak ke Kelantan.. tepat jam 10 pagi bertolak..masa mula nak pergi memang wada excited.. pagi tu jugak dok kalut cari kedai beli kasut boot.punya la semangat..cari mask,cari sarung tangan.. wahh..masa tu punya berkobar-kobar..



Umi sempat Tanya untuk yang keberapa kali ..”Betul ke adah nak pergi ni”wada pun jawablah..”betul umi”  wada tahu umi risau.. sebab wada pergi main join je group ni.. tak kenal sesiapa.. and I said ,”umi,kawan kat mana-mana boleh cari,janganlah risau..adah okay “serius wada tak risau ,sebab wada tahu diri wada yang peramah ni..kawan dengan mak cik pun okay je.. ihiks.



jejaknya bumi Kelantan selepas peristiwa yang membuka mata-mata semua..sungguh..Kuasa Allah itu besar.hebatnya…hanya air memusnahkan segalanya..musnah..lantas hati terdetik bagaimana aku jika ditempat mereka.adakah aku masih tabah dan gigih?



Okay ,wada sampai disana pukul 8.30 malam..sampai je.. wada tolong nisa-nisa  masak untuk ahli group ni..masak biasa tapi nikmat luar biasa.. lauk malam tu telur goreng dadar,sardine,tumis sayur.Simple tapi lazat..kita rasa macam mana masak dalam keadaan elektrik tiada,bekalan air tiada… ihiks,naseb baik bawak generator..dapat lah bekalan elektrik yang terhad tu.and memang kitorang dah bawak bekalan air mineral..guna la air tu untuk masak,basuh2 pinggan and apa2 yang patut.



Beteri fon habis..grrrrr..dalam hati comfirm umi risau..sebab setiap apa-apa aku inform kat umi.


(Umi,adah dah makan,kenyang dah..~umi adah dah solat,,ni kat masjid bentong~umi ,adah makan lagi ni~ blablabla..sampai beteri  habis.balik rumah sabtu kelmarin..memnag betul sangkaan wada umi risau..siap mimpi2 lagi.. ihihi..sayang umii.. abi pulak masa wada balik..konon je cool macam tak kisah..haha..tapi umi cerita time aku tak ada,abi la paling risau.. asyik Tanya adah tak call ke..? ihiks macam-macam la)



Merasai la apa yang mereka rasa….~



Lepas tu terus la tidur…sebab kitorang pun dah solat jamak. Kitorang punya tempat penginapan.adalah tempat pengumpulan barang2.. two in one… arhh.tak kisah la tidur mana pun.asal tidur..kata nur mawaddah sempoi..lalala..ihiks.syok-syok tidur wada terasa ada sesuatu berjalan..terus bangun and jerit “umiiiii!!!!” fuhh cencorot la lebih kurang macam tikus tu.sebab mengantuk wada biarkan dan sambung tidur balik.. dua malam aku tidur dengan cencorot tu tau.. sayang diaaa..esok ada misi dah..




Senyum sendiri,hati bahagia,,serius gembira bila tengok orang gembira…esoknya,mula operasi kitorang edarkan dapur gas beserta gas,khemah dan tikar disetiap rumah..tapi sedih sangat,diorang kata,tiada makanan ke.kami lapar..




Lepas tu..operasi untuk petang…wada and group ,kitorang masak ..fuhh..bau bawang tapi nikmat..ada ku kisah..masak berkawah-kawah..ihiks..petang tu diorang edar makanan..tapi aku tak ikut time tu.. rasa nak ikut. Rasa happy sangat bagi makan untuk orang yang memerlukan.tengok senyuman kesyukuran mereka,sudah cukup terasa leganya dihati.





Misi terakhir ialah membersihkan sekolah SAM SUNGAI manik Urai.wada sendiriterkejut dengan tenaga wada.ihiks..macam kuat dan bertenaga semacam. Macam minum TONGKAT ALI.ihiks..tenaga yanmg Allah bagi.Alhamdulillah… kami bersihkan pejabat and bilik guru..rasa gembira sangat sebab dapat bersihkan sekolah..sebab esok mereka sekolah.Selamat bersekolah adik-adik,belajar rajin-rajin ye sampai Berjaya.






Alhamdulillah misi ini telah pun selesai..alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi .misi ini telah berjalan dengan jayanya…Sungguh sungguh..Kekuasaan Allah menakjubkan.



Dengan kerjasama PEBT,PEMUDA,NISA’,JAB AMAL,ARC & DACS..Tempat sasaran kita untuk kali ini ialah di MANIK URAI BARU & MANIK URAI LAMA..


Hadirnya wada,adalah kerana Allah.. tergerak hati kerana Allah, semuanya kerana Allah.


kalau ikut hati banyak lagi nak cerita..yang tidak termampu terluah dengan kata-kata..Biarlah gambar yang berbicara .sekian.

No comments:

Post a Comment