Monday, 27 April 2015

Tips kecilkan Pipi

Assalamualaikum.hai

Gadis berpipi tembam memang comel.mihmihmih..nak masuk bilik nyorok ,saya malu la.Okay,. wada nak kongsi tips kecilkan pipi bagi gadis yang memiliki pipi tembam.Dush!!..please tumbuk pipi ni..



Kondisi ini dipicu oleh penumpuan lemak pada area pipi sehingga akan menyebabkan effect tebal atau tembam.see!! lemak weyhh.ni yang nak marah ni.

Pipi tembam, tidak hanya dimiliki orang dengan badan gemuk,tapi terkadang dimiliki oleh orang berbadan kurus atau sesiapa sahaja. mihmihmih..maknanya apa?

hal ini cukup menganggu kerana menimbulkan effect bulat pada wajah anda.Namun kini telah banyak penelitian untuk menemukan cara mengecilkan pipi tembam yang tak salah dicuba.senang saja.tapi sebelum itu,jum kenal pasti wajah korang :)pilihlah..pilih tau mana satu bentuk muka korang..mihmih

korang mana satu.Wada yang round tu kut . :)


Tips kecilkan pipi.
  1. Tepuk pipi 2-3 minit untuk melancarkan pengaliran darah dibahagian pipi.
  2. urut pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam.
  3. rajinkanlah bersenyum.senyum juga kan sedekah.
  4. senaman pipi sebut huruf a-e-i-o-u
  5. banyakkan bersenam.lemak-lemak akan terbakar dengan baik.
  6. amalkan pemakanan yang baik dan sihat.
Pipi sebelah je dah berapa kg..


yeay! pipi dah kecik.ceh..effect kamera je.mihmih.

Warna 2015

Assalamualaikum.Hai.

Tahu tak warna memainkan peranan.Penting jugaklah.Warna yang kita pakai dapat merubah emosi seseorang.hebat bukan? hebat sangat.Rasa macam nak pakai baju warna warni yang ada semua warna. tamak!

cakkk! tadaaaa ..cuba tengok ni.


jom raya nanti kita pilih baju raya colour macam kat atas nak.jom la.please..

sekian, 



Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum .Hai.

Siapa sayang mak abah,umi abi,ibu ayah, sila angkat tangan.'Siapa tak sayang kan.betul tak?

Kedudukan ibu bapa di sisi Allah SWT terletak di tempat yang teratas sekali selepas kedudukan Allah SWT dan Rasul-Nya,yang mana anak-anak perlu merasakan diri mereka kecil dihadapan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan sebab nyata jelas wujudnya seorang anak.Ibu bapa berhak terhadap anak -anak.
Bahkan Allah SWT juga tidak redha terhadap seseorang anak selagi ibu bapa mereka tidak meredhai mereka sepertimana Sabda Nabi SAW:

'keredhaan Tuhan terletak kepada keredhaan kedua dua ibu bapa dan Kemurkaan Tuhan terletak kepada kemurkaan kedua-duanya.'


 kita sebagai anak banyak salahkan.banyak sangat ..kadang kita tak sedar kita telah mengguris perasaan.Dari kata-kata mungkin juga perbuatan kita.Yang kita sengaja mahupun yang tidak disengajakan.. tsskk! umi,wada selalu nangis dalam bilik tau kalau wada buat salah,tak mau tunjuk kat umi.Malu sebagai anak yang selalu buat umi sedih.. Tsskk..mmm.Malu tak dapat buat yang terbaik.sedangkan umi selalu buat yang terbaik..Tsskk!
 please jangan nangis lagi.

Berbuat baik kepada ibu bapa termasuklah berbuat baik dalam bentuk moral dan material..haa..Oleh yang demikian,anak-anak harus memiliki keinginan yang kuat untuk mengurus dan menjaga ibu bapa yang sudah tua dan lemah supaya mereka tidak lagi berasa terabai tanpa kasih sayang daripada mereka.

Manakala kebajikan dari sudut moral pula bermaksud mentaati ibu bapa dalam perkara -perkara kebajikan dan makruf,memuliakan,dan menghormati  mereka,menziarah mereka,berbuat baik,tidak berbicara dan bersikap kasar terhadap mereka,serta menjaga hati dan perasaan mereka.Jangan perasaan kekasih je yang dijaga.

anak-anak dituntut supaya mendoakan ibu bapa agar Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat dan keberkatan kepada mereka.

kewajiban terhadap ibu bapa bukan sahaja semasa mereka hidup didunia,bahkan kematian tidak menghalang kita sebagai anak terus berbakti. 

macam mana nak berbakti selepas kematian?
  1. mendoakan kedua-duanya.
  2. memohon ampun terhadap dosa-dosanya.
  3. melaksanakan janji-janjinya seperti melunaskan hutang.
  4. menghormati teman-teman kedua-duanya.
  5. bersilatur rahim dengan kerabat yang tiada hubungan denganmu melalui orang tuamu.

wallahu'alam bissawab.

Nak tambah sikit je lagi.sikit je.please baca sampai habis..mihmih..ucapan terima kasih kat umi sebab mewariskan kecomelan umi kat wada.

Sekian.









Saturday, 25 April 2015

Zaman Seringgit .

Assalamualaikum. hai.

Tiba-tiba teringat dan rindu zaman kanak-kanak.Zaman yang buat aku belajar untuk kehidupan hari ini..

Rindu..dulu naik motor triple dengan adik sekali masa nak pergi sekolah dulu.rinduu.sekarang tak boleh dah cuba aksi ni lagi.tercicir la aku.

Rindu..masa naik motor dengan abi.aku peluk abi.sandar kat belakang..lepas tu tidur bersandarkan abi atas motor.alahai,menyempat lagi.kuat tidur dari kecik ke? .

Rindu..sampai je sekolah.salam abi..buat muka comel salam abi,mintak duit belanja..

Rindu pesanan abi setiap hari.belajar rajin-rajin..sambil usap kepala aku.sampai sekarang pesanan itu tak pernah lupa.. ersskk.nak nangis dalam bilik lah macam ni..

rindu duit seringgit untuk belanja sekolah..duit seringgit aku boleh beli apa sahaja.aku boleh makan dengan kenyang kat sekolah. macam-macam aku beli tau.kuat makan sejak dulu... ersskkk.rinduu.masa rehat selalu beli air sirap , nasi lemak,kadang-kadang beli kuah tom yam ,last mesti beli keropok lekor ke tapau bawa masuk kelas.. erhh.comel sungguh  aku dulu.

paling comel.keropok lekor masuk poket..alahai nak makan dalam kelas niatnya.nakal!mohon ada anak nanti jangan tiru aksi ini. mihmih.

sampai sekarang ingat lagi.Ada satu soalan peperiksaan tanya "Sikit-sikit ,lama-lama jadi apa? Aku jawab sikit-sikit ,lama-lama jadi PARIT .parit oii aku jawab. kreatif ke pemikiran ini?.. alahai.kemetotnya fikiran.. mohon nanti anak aku cerdik lah macam ayah dia.cehh! tutup muka lee,calon tak ada oiii. berangan..mihmih.

rindu.Tsskkkk :(

dalam kelas...
Bising sungguh aku..suka tanya benda entah pape kat cikgu.mengada..nak amik perhatian cikgu..sebab nanti cikgu sayang.. mihmih

balik sekolah..
masuk rumah kejap,letak beg.tak tukar baju lagi..dah lari keluar .main! main panjat pokok pulak tu..habis baju sekolah kena getah pokok.. balik rumah telinga kena piaat lagi dengan umi..
erskk.rinduu.

kalau peperiksaan.
aku paling takut kalau markah tak okay..takut kena rotan.setiap kali abi rotan..aku mesti cakap..wada janji tak buat lagi..wada janji tak main masa aje belajar.sambil nangis kuat-kuat.. tsskk :( Abi terima kasih rotan wada dulu..sebab ajar wada sedar betapa pentingnya ilmu.ajar wada erti janji tak buat lagi tu..janji tak main-main masa belajar.ajar wada buat keputusan..tsskkkk..nak lari masuk bilik nangis lah macam ni. rindu =_= 


umi abi.terima kasih besarkan wada ye ..terima kasih ajar wada erti dengan kehidupan .
Akan datang tak rasa dah zaman ni.sekali seumur hidup. Rindu.

Terima kasih.


gambar darjah satu ni..mihmihmih


CARA MEMILIH ISTERI YANG BAIK MENURUT ISLAM.

Assalamualaikum.hai.


Kriteria wanita dan isteri solehah amat penting dalam kehidupan bekeluarga.Hal itu,kerana isteri solehah bakal menjamin kerukunan dan kebahagian sesebuah rumahtangga yang dibina.Sebab isteri inilah yang akan mendidik anak-anak.didikan pertama kan bermula dari rumah.Bermula dari ibu dan ayah. kan?

Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikannya,kelak kecantikannya itu yang akan membinasakan.Janganlah kamu kahwini kerana hartanya kerana hartanya boleh jadi kederhakaan.sebaliknya kahwinilah wanita beragama.

untuk itu,aspek keagamaan adalah hala tuju sesebuah rumahtangga.Ini kerana,dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya,dia pasti taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.



isteri solehah jugak,mesti bersifat amanah terhadap harta benda suaminya,disamping menjaga maruahnya.

isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya.disamping menjadi keredaannya pada setiap masa.

berbekalkan agamanya akan diwarisi segalan ilmunya kepada anaknya agar mereka kelak  menjadi anak yang soleh solehah dan taat,bukan sahaja kepada ibu bapa.bahkan taat kepada Allah.

ciri-cirinya ialah :


  1. Beragama.memiliki pendidikan agama serta berakhlak mulia.
  2. Terhormat dan Mulia.iaitu menjaga kehormatan dirinya.
  3. Penyayang dan sihat.Wanita penyayang mampu memberi kasih sayang kepada suami dan anak.
  4. utamakan gadis. Memilih kalangan kalangan Dara atau masih belum berkahwin.
  5. utamakan bukan kerabat.iaitu orang luar dari kekerabatan.


sape nak kahwin.sila angkat tangan.Tundukkan muka. :)
Insyaallah jodoh kita ada.Tapi tahu tak,kita boleh memilih jodoh itu..Orang kata..tak pe,jodoh belum datang.tapi sebenarnya kita kena cari... Ustaz wada yang kata :) Wallahu’alam bissawab 




Wednesday, 22 April 2015

Kulit flawless dengan BB doll Foundation ST

Assalamualaikum.hai.

Kalau nak tahu  BB doll Foundation ST sangat best.tekstur dia sangat lembut.Rasa macam tak pakai apa-apa tau.Rasa macam pipi melayang je.Wada pun baru sebulan mencuba.Tapi dah nak habis sebulan ,tak habis lagi.jimat tau.Alhamdulillah selama penggunaan BB doll foundation ST ni,wada tak pakai bedak dah.Muka pun nampak neutral je.tu paling suka.suka sangat..

rasa macam nak makan je..

Lagi best,muka kita tak nampak kusam,lapok..banyak foundation kadang berminyak.Kadang buat muka kita jadi berat..rimas.tapi yang ni tak tau..tak!tak!.. kalau selfie nofilter pun okay je.confident je..

Kalau jenis wada yang tak suka make up tebal.Wada cuma tepek BB doll Foundation ST ni.. nipis..nampak nipis! nampak neutral je.Sumpah tak tipu.best sangat.Dah timbul rasa confident tau..Wada boleh pergi kemana je,kenduri ke,shopping ke, mana-mana je.boleh je.sebab rasa yakin sangat.muka smooth sangat..rasa macam nak gigit pipi sendiri.

selfie beratus kali pun ,nofilter pun okay je.

BB cream ni ada tiga jenis.
too cute   : yang ni untuk yang kulit putih.
too pretty :yang ni untuk kulit sederhana macam kuning langsat tuu.
too sweet :yang ni untuk kulit gelap.

harga dia RM38++ .Korang kalau nak boleh beli kat Watsons atau kat Toko Sendayu Tinggi tu terus.















Tuesday, 21 April 2015

Tip elak jadi pelupa.

Assalamualaikum.hai.

as a student kita kena ingat banyak benda.Tapi hakikatnya bukan pelajar saja,tapi boleh dikira semua orang..Memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengingat banyak benda.Dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara.

Dari sepenting perkara sehingga ke remeh perkara.Kenapa cakap macam tu pulak?sebab mungkin ada benda kita rasa penting bagi kita tapi tidak bagi orang. ada benda kita rasa remeh,tapi penting bagi orang. dan sebaliknya atau lain-lain.

kadang-kadang benda senang pun kita lupa nak buat.benda penting pun terlupa.macam mana?

tips elak jadi pelupa.

  • Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
  • Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap kira macam jangan masuk mulut terus segenggam.
  • Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
  • Tidur awal bangun awal.untuk rehatkan minda.
  • Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam. tapi wada suka.
  • Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
  • Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut.
  •  Elakkan lihat kemaluan dan najis.
  • Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
  • Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.
Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya..

saya nak lanje satu gambar :)




cakk..selamat ,mencuba.
 

Monday, 20 April 2015

Asus Zenfone 5

Assalamualaikum.hai
Tetiba nak throwback zaman dulu.henfon pertama korang? start bila korang guna henfon?
Teringat lagi,I start guna henfon masa umur form 1. Time tu henfon tekan-tekan je.Dulu pakai henfon tekan-tekan pun okay je.sebab rasa cukup la ,Masa tu Cuma rasa nak call dan mesej tu je.rasa cukup laaa as a student..pakai la henfon tu sampai form 5.Kawan-kawan dah start tukar fon touch2. Tapi I masih setia ..mihmih. tapi tu duluuu.

I simpan lagi tau.


Masa tu rasa okay lagi sebab tak terdedah sangat dengan media social..sekarang macam-macam.Facebook,instagram dan lain-lain.I pun tak tertinggal okay. Mihmihmih.

Tapi yang bagusnya henfon tekan2 tu.kalau terbaling  henfon tu tak rosak.acehhh tebaling ke,frust dengan boyprendd .i like!suka sangat.tapi kenapa?


tapi sekarang rasa sayang je baling-baling.Sebab rasa susahnya nak cari duit..Rasa nak tunggu gaji setiap bulan.Rasa penat duduk mengadap computer.Rasa penat otak buat kerja.rasa la.rasa macam mana nak buat kertas kerja menimbun.rasanya macam tengah buat kerja khusus masa kat STPM .bila dapat gaji,I beli fon baru..sayang oii.sebab duit hasil titik peluh sendiri.rasa macam mana masuk kerja pukul 8 balik 4.30. terkorban masa tidur I sampai pukul 9pagi dan.sebab rasa penatnya bekerja.rasanya 4tahun lagi kut baru tukar.

asus zenfone 5 je yang mampu.mihmih



Thursday, 9 April 2015

PERSEDIAAN AWAL

Assalamualaikum . Hi,

Pernah tak alami benda ni. Contohnya korang ada test ujian komputer KPP .  tarikh dia korang pilih sebulan dari hari selepas pendaftaran. Tapi,korang tunda,tunda,tunda nak baca buku tu..padahal korang sedar yang sebulan tu tak la lama mana pun..korang tahu yang masa tu berjalan pantas.. tapi masih tak sedar-sedar,,

pujuk diri konon.. Takpe esok ada..esok..esok lagi..esok ada!!! sampai tak sedar yang seminggu lagi nak exam. Lepas tu baru sedar nak baca buku..Baru gigih baca buku siang malam.. lepas tu orang puji rajinnya..tapi,sebenarnya dah kalut.

Sampai tahap bila nak membaca korang tak nak dengar satu suara pun.sebab nak fokus.. tapi hakikatnya takut..tarikh semakin dekat.

tak ke tu stress namanya tu??

kan.. dalam hati..kenapa tak buat persediaan awal!! hang bukan ada anak pun..yang macam busy  macam jaga anak 10 orang  kenapa!!!!!!!!!!!

mulalah study sampai tidur 2 3 pagi.. apa pasal ??

okay.. nasihat:


  1. Buat persediaan awal apa jua benda..apa jua..ingat tu! 
  2. jangan tunggu esok.esok..sebab tak tahu esok ada halangan apa.
  3. Dapat tugas,atau apa2..terus buat!! jangan tunggu..jangan tangguh.








Giveaway 2015,Jubah,Dress,Leggings Oleh Norzi Beautilicious House.


Assalamualaikum.Hi,

Mesti korang suka kan dengan Baju yang cantik-cantik.Mesti rambang mata kan nak pilih.sebab macam-macam corak,jenis..macam macamlah.Mesti rasa nak beli semua kan.Tapi,mesti rasa nanti lari bajet kan.heheh..haa.. kat Norzi Beautilicious ada menjual pelbagai jenis baju.pelbagai pilihan.juling mata tau kalau korang nengok.. 

Okay sekarang ni Norzi Beautilicious menjemput kita semua menyertai Giveaway 2015,Jubah,Dress,Leggings Oleh Norzi Beautilicious House. Jom try.Mana tahu rezeki kan..mana tahu baju yang kita dah cop-cop tu tapi tak terbeli DAPAT PULAK.hihi..mana tahu.Alhamdulillah..rezeki saya ke..hihi..rezeki korang ke.




1. farah.
2. Shera

Wednesday, 1 April 2015

Saya Nak Berubah Jadi Baik

Assalamualaikum. hai,

buat apa ditunggu..buat apa dinanti..
sampai bila?? sampai tua? adakah esok adalah jaminan kita masih hidup?

tanamkan dirimu sekarang..saat ini,detik ini juga. Dan berubahlah jadi baik.. jangan dinanti.kerana penantiannya tak pasti..

betul ke ni?? betul sangat betul.. kenapa? bagaimana jika Allah takdirkan hari ini terakhir ,adakah kita tahu??

tidak bukan.. jadi buat apa ditunngu. Mulalah..

hijrah kita kepada yang lebih baik..Hijrah kepada Allah,Hijrah untuk islam..Hijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah. Hijrah melakukan suruhan Allah. Hijrahlah..

Dari kecintaan kepada selain Allah menuju kecintaan kepada-Nya.
Dari takut kepada selain Allah menuju hanya takut kepada-Nya.
Dari berharap kepada selain Allah hanya berharap kepada-Nya.
Dari tawakal kepada selain Allah menuju tawakal hanya kepada-Nya.
Dari berdoa kepada selain Allah menuju berdoa hanya kepada-Nya.
Dari tunduk kepada selain Allah menuju tunduk kepada-Nya.

bukan semua boleh terima kita berubah. kan??

bila buat jahat,orang kata.. * jahatnya dia..dia tuu jahat sangat*
bila buat baik orang kata..* alaa,dia tu bajet2 baik je tu, alim-alim taik kucing*

jadi sampai bila kita hendak menunggu??
berubah untuk diri kita.tak usah fikirkan kata-kata orang.

jika dia sahabat..dia pasti mendukungmu.. jika dia bukan.. dia meninggalkanmu.
 berubah menjadi baik..adalah satu-satunya pilihan..tiada dua,tiga..
kerana itulah tempat kita kembali.kerana itulah satu-satunya kecintaan yang kekal abadi.

siapa pun kamu dimasa lalu..bukan bererti kita tidak berhak menjadi muslim muslimah yang baik.
menjadi baik milik semua.berubah hak kita.